Berita palsu isu tukar MB‎ Iskandar
(depan) pada Majlis Pecah Tanah Koperasi Muslimat Pas Kawasan Sungai
Besar dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pas Kawasan Sungai Besar di
Pusat Tarbiyah Darussalam.











SABAK BERNAM - Pas Selangor menolak khabar angin kononnya terdapat lima
Adun PKR akan keluar parti dan bekerjasama dengan bekas Menteri Besar,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



Pesuruhjayanya, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, berita palsu itu
dikhuatiri mengundang banyak kesan buruk kepada rakyat di negeri ini.



Menurutnya, Pas negeri sentiasa mendapat kerjasama baik daripada
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, malah semua program kerajaan negeri
berjalan lancar.



“Hubungan Pas dan rakan dari PR di negeri ini baik dan tak ada sebab
mengapa kita nak tukar menteri besar sekali lagi, malah kami menegaskan
tiada ura-ura untuk kita buat (berbincang menubuhkan) kerajaan campuran
dengan Umno,” katanya.



Beliau juga tidak menolak kemungkinan berita palsu itu ditimbulkan
sesetengah pihak yang cuba memburukkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang menjelang muktamar Pas, Jun depan.



Ditanya apakah tindakan provokasi itu dicetuskan ahli Pas sendiri
sempena pemilihan yang sedang dijalankan di peringkat kawasan, Iskandar
berkata, beliau tidak menuduh sesiapa kerana tiada bukti, tetapi jika
ahli Pas terlibat mereka mestilah dirujuk kepada kepimpinan Pas Pusat.



“Saya tak rasa mereka (ahli Pas) terlibat, mungkin pihak luar, tetapi
saya gesa agar berita palsu seperti ini dihentikan segera,” katanya.



Terdapat portal berita online melaporkan, Abdul Khalid dijangka kembali menerajui Selangor bagi menggantikan Mohamed Azmin.



Menurut sumber portal berkenaan, satu perjumpaan rahsia antara Abdul
Khalid dan Abdul Hadi telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan
perkara tersebut