Monday, 20 April 2015

Siap sedia kejutan besar- Pas Permatang Pauh







Jentera pilihan raya Pas bagi PRK Permatang
telah diingatkan supaya tidak akur jika perjuangan yang diketengahkan
sepajang tempoh berkempen tidak mengikut syariat Islam.







spr_600





PETALING JAYA: Pas Kawasan Permatang Pauh memberi amaran akan membuat kejutan besar jika PKR dan DAP terus menyingung parti itu.




Amaran Itu diberikan oleh Yang Dipertua Pas kawasan itu, Omar Hassan
ketika Mesyuarat Agung Tahunan ke-38 Kawasan Permatang Pauh pada Ahad,
lapor Berita Harian Online.




“Saya ingin tegaskan, kita akan membuat kejutan kepada pakatan
pembangkang sekiranya mereka menyinggung dasar perjuangan didukung Pas,”
kata Omar.




Dia juga memberi amaran jentera pilihan raya untuk membantu Pilihan
Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh telah diingatkan supaya tidak akur
sekiranya perjuangan diketengahkan bertentangan dengan syariat Islam.




“Kita terbuka bagi setiap pandangan dan cadangan dikemukakan, selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam,’ katanya.




Amaran terbuka Pas dikaitkan dengan tindakan PKR yang enggan menyokong undang-undang Hudud di Kelantan.




Sebelum ini, Pas Permatang Pauh dilaporkan menolak Datuk Seri Wan
Azizah Wan Ismail atau ahli keluarganya dicalonkan PRK Permatang Pauh.


No comments:

Post a Comment