Monday, 20 April 2015

Pelakon Syarul Ridzwan Kemalangan, Kereta Terbalik

Oleh: KEMALIA OTHMAN










Beginilah keadaan kereta pelakon Syarul Ridzwan yang terlibat dalam kemalangan.


































Syarul Ridzwan


PETALING JAYA: Keadaan
kereta dipandu pelakon baharu iaitu Syarul Ridzwan rosak teruk selepas
terlibat dalam kemalangan jalan raya di Seremban, petang Khamis.



Syarul, 25, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika
dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Linggi, Negeri
Sembilan selepas penggambaran drama Street Vendetta. Kemalangan terjadi di jalan Sungai Ujong.



"Saya baru habis penggambaran di Linggi dan dalam perjalanan pulang
ke Kuala Lumpur. Ketika di Jalan Sungai Ujong, Seremban jalan terlalu
licin sehingga saya terlanggar pembahagi jalan dan tidak dapat mengawal
kereta lalu kenderaan saya berpusing dan terbalik dengan tayar naik ke
atas.
















"Namun, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan atau meninggal dunia
seperti khabar angin yang tersebar," ujarnya ketika dihubungimStar Online, di sini, pada Khamis.



Bagaimanapun, Syarul berkata, kereta jenis Honda City yang dinaikinya dalam proses untuk dialihkan.



Dia kini masih menyelesaikan beberapa hal termasuk membuat laporan polis di balai polis berhampiran.



Syarul yang merupakan pemenang tempat ketiga Pencarian Hero Remaja dan popular menerusi drama Romi Cinta Julia.






No comments:

Post a Comment