Monday, 20 April 2015

Ogy Bidas Artis Baharu Lebih Kejar Populariti

Oleh: ROZAIMI ZUBAIDI (Wartawan Pelatih UiTM)










Ogy Ahmad Daud












Ogy ingin mencari protege yang mempunyai personaliti yang tersendiri. Foto ART CHEN





PETALING JAYA: Aktres Ogy
Ahmad Daud membidas pelakon-pelakon baharu yang dilihat lebih mengejar
populariti berbanding melakukan usaha untuk menghayati watak mereka
dalam bidang lakonan.



Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Datuk Ahmad Daud, 53, berkata pelakon
masa kini perlu belajar untuk menjiwai watak dengan lebih mendalam
supaya lakonan mereka benar-benar dapat dihayati.



"Kebanyakan pelakon hari ini cuma tahu berlakon sahaja tetapi mereka
tidak tahu untuk menghayati watak yang diberikan agar watak tersebut
dapat memberi kesan kepada penonton.



“Saya tidak menafikan kita memerlukan pelapis baru dalam industri ini
tetapi mereka harus pergi ke kelas lakonan untuk memantapkan lagi
penghayatan mengenai watak yang dibawa serta menambah ilmu lakonan
mereka," katanya kepada mStar Online.












Ogy berkata demikian ketika ditemui pada majlis sempena sambutan tiga
dekad majalah Media Hiburan di Hotel Pullman Kuala Lumpur, Bangsar, di
sini Selasa.






Majlis tersebut diadakan untuk melancarkan sebuah buku khas berjudul '30
Living Legends Media Hiburan' dan memberi pengiktirafan kepada 30 para
legenda atas pencapaian masing-masing.



Turut menerima anugerah pada majlis itu ialah KRU, Amelina, Amy
(Search), Faizal Hussein, Fauziah Nawi, Datuk Hattan, Jay Jay, Datuk
Khadijah Ibrahim, Salamiah Hassan, Datuk Siti Nurhaliza, Puan Sri Tiara
Jacquelina, Datuk Yusuf Haslam dan Ziana Zain.



Tambah Ogy lagi, teguran yang diberikan bukan untuk menjatuhkan
populariti mana-mana pelakon tetapi ia merupakan nasihat sebagai orang
lama dalam industri seni dalam usaha memertabatkan semula indusri tanah
air.



"Saya memberi teguran ini bukannya tujuan untuk membencikan mereka
tetapi saya sayang dengan bakat yang terdapat pada sesorang itu kerana
mereka mempunyai bakat yang besar untuk diketengahkan.



"Sesorang artis itu perlu mempunyai ilmu dan mereka harus merujuk kepada
artis lama yang berbakat besar untuk belajar mengenai cara lakonan yang
betul supaya ia dapat meningkatkan mutu lakonan mereka," tegasnya.

No comments:

Post a Comment