Wednesday, 22 April 2015

Isu Salib Diserah Kepada Peguam Negara - Wan Junaidi

MSTAR ONLINE




















KUALA LUMPUR: Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes
bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas
akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.



Beliau berkata Peguam Negara akan menentukan sama ada kes itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan atau sebaliknya.



"Penilaian sama ada (mereka terbabit) melakukan kesalahan, itu bukan
soal polis dan bukan soal individu tertentu, ia adalah soal yang diserah
bulat-bulat kepada Peguam Negara.



"Satu, mesti ada laporan, yang kedua ada penyiasatan (pihak polis), dan
penyiasatan itu lengkap, kertas siasatan itu dimajukan kepada Peguam
Negara (untuk buat keputusan)," katanya kepada pemberita di Lobi
Parlimen di sini, hari ini.



Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang
salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan
Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lepas.



Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi dipetik
sebagai berkata, peserta demonstrasi itu boleh dikenakan tindakan
mengikut Akta Hasutan kerana ia melibatkan sensitiviti agama.



Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tiada
unsur jenayah berhubung isu menurunkan simbol salib di sebuah gereja di
Taman Medan itu.



"Salib itu diturunkan atas permintaan masyarakat dan telah dipersetujui
pastor (gereja itu) dan tiada kekerasan digunakan semasa menurunkan
salib berkenaan, " katanya.



Khalid turut menegaskan pihak polis tidak akan bersikap berat sebelah
dalam menguat kuasa undang-undang sekiranya terdapat sebarang perkara
yang melanggar undang-undang.


No comments:

Post a Comment