Monday, 20 April 2015

DAP cadang nama MP didedah setiap kali lepas undi belah bahagi

lim-lip-eng



Roketkini.com





KUALA LUMPUR: DAP mencadangkan supaya semua senarai nama
wakil rakyat yang melakukan undi belah bahagi didedahkan kepada orang
ramai.




Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata demikian merujuk sesi undi
belah bahagi terhadap pindaan Akta Hasutan di Parlimen baru-baru ini




“Pada sidang Parlimen akan datang, saya akan mencadangkan di Dewan
Rakyat supaya senarai nama dan cara mengundi para Ahli Parlimen
dipaparkana di laman web rasmi Parlimen sebaik saja pengundian
dijalankan.




“Ketelusan sedemikian adalah penting bagi memastikan akauntabil”Pada
sidang Parlimen akan datang, saya akan mencadangkan di Dewan Rakyat
supaya senarai nama dan cara mengundi para Ahli Parlimen dipaparkana di
laman web rasmi Parlimen sebaik saja pengundian dijalankan.iti dan
kebertanggungjawaban ahli pParlimen kepada pengundi dan rakyat dapat
dipastikan secara telus, selaras dengan amalan demokrasi di seluruh
dunia.




“Rakyat berhak mengetahui apa dan bagaimana wakil rakyat mereka
mengundi dalam satu-satu usul atau rang undang-undang bagi memastikan
suara mereka benar-benar dibawa di Parlimen, dan bukan sekadar dijadikan
gelaran saja,” katanya dalam satu kenyataan.




Setiausaha DAP Kuala Lumpur itu menyatakan, beliau amat terkejut
apabila membaca laporan Malaysiakini baru-baru ini bertajuk ‘Siapa MP
sokong, tolak pindaan Akta Hasutan.




Laporan tersebut menyatakan bahawa ‘tidak amalan demokrasi moden di
negara lain, Parlimen Malaysia tidak merekodkan butiran undi, nama ahli
parlimen yang mengundi, dan pendirian dalam sesuatu usul hanya diketahui
lama kemudian, jika ada permintaan.




“Sebenarnya nama ahli-ahli Parlimen direkodkan, sama ada hadir atau tidak, ketika undi belah bahagi di Parlimen.




“Justeru saya agak terkejut membaca bahawa sukar bagi orang ramai
termasuk media mengetahui apa yang disokong atau tidak oleh wakil rakyat
mereka di Parlimen, yang merupakan badan pembuat dasar dan
undang-undang tertinggi dalam negara,” ujarnya. – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment