CMK dakwa SPR minta jangan serah borang pencalonan Calon
Bebas diiringi polis keluar dari dewan selepas tidak dibenarkan masuk
atas dakwaan pencalonan tidak diterima. - Foto Sinar Harian











ROMPIN - Hasrat calon Bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli atau nama
komersialnya, Cucu Mat Kilau (CMK) untuk mengambil bahagian dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin tidak kesampaian apabila beliau
dihalang daripada memasuki dewan untuk menyerahkan borang pencalonan.



Beliau yang tiba kira-kira jam 9.30 pagi itu diarahkan meninggalkan dewan dengan diiringi anggota polis.



Ketika ditanya, Mohd Shukri mendakwa ada menerima panggilan daripada
pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi arahan supaya beliau
tidak meneruskan niat atau datang menyerahkan borang kerana mempunyai
beberapa rekod kesalahan dalam pru sebelum ini.



[ARTIKEL BERKAITAN: Satu lawan satu di PRK Rompin]