Oleh: NAZLI IBRAHIM
DAMANSARA: Delegasi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)
terharu dengan kesungguhan Kerajaan Selangor membangunkan rumah mampu
milik.
Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas berkata, kesungguhan itu dapat
dilihat ketika beliau dan beberapa pegawai kanan DPMM bertemu Dato’
Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali di Bangunan SUK, Shah Alam, pada 27
Febuari lalu.
Kunjungan itu diadakan bagi membincangkan permohonan DPMM untuk
membina 880 rumah mampu milik di Sungai Merab berhampiran Putrajaya.
setiausaha agung dan bendahari dah jumpa dia. Bukan main bagus, luar
biasa sampai arkitek kami terperanjat hingga mulut ternganga.
“Bila arkitek kita tanya, biasanya tanah seekar dapat 16 rumah
sahaja.
Kita ada 11 ekar sahaja dan arkitek cakap nak minta kepadatan 80
unit tetapi MB kasi 120 unit. Awak boleh kasi?
“Arkitek kita kata lagi, mahal nak bayar caj pembangunan. MB jawab,
tak payah bayar sebab buat rumah untuk rakyat, beliau tak caj.
Macam-macam dikasi,” katanya dalam sidang media di Bangunan DPMM, di
Bukit Damansara, di sini, hari ini.
Katanya, DPMM pada awalnya berhasrat menjual unit kediaman projek
terbabit pada harga kos tetapi mengubah pendirian untuk mengambil
sedikit keuntungan sebagai ‘hadiah saguhati’ bagi disalurkan kepada
projek rumah mampu milik lain pada masa hadapan.
Pembinaan 880 unit rumah mampu milik di Sungai Merab adalah
sebahagian rancangan DPMM untuk membina 5,000 unit rumah dalam tempoh
lima tahun.-NFN
No comments:
Post a Comment