Saturday, 16 May 2015

[VIDEO] Morsi & Yusuf Al-Qardhawi Dijatuhi Hukuman Mati Oleh Rejim Bangsat Al-Sisi


KELAB GREENBOC






















Mesir jatuh hukuman mati ke atas Morsi

Bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit rusuhan dalam penjara pada 2011.




Morsi bersama 105 yang lain menerima hukuman berkenaan selepas didapati
bersalah ketika bantahan menggulingkan kepimpinan Hosni Mubarak
memuncak.



Turut sama menerima hukuman berkenaan ulama terkenal, Sheikh Yusuf al-Qaradawi yang kini berlindung di Qatar.



Hukuman ke atas Morsi dan mereka yang lain masih belum dimuktamadkan
kerana keputusan akhir akan ditentukan Mufti Besar Mesir, badan
tertinggi agama di negara berkenaan.



Selain itu mereka yang dijatuhkan hukuman masih boleh membuat rayuan
walaupun Mufti Besar memberi persetujuan hukuman mati dijalankan.



Menurut laporan al Jazeera, mahkamah akan membuat keputusan akhirnya pada 2 Jun ini.



Ia hukuman terbaru yang dijatuhkan ke atas Presiden Mesir yang pertama dipilih rakyat melalui proses demokrasi.



Sebelum ini, Morsi yang juga salah seorang pemimpin kanan Ikhwanul
Muslimin telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun kerana dituduh
memberi arahan untuk menahan dan mendera penunjuk perasaan ketika
berkuasa.



Beliau yang digulingkan tentera pada Julai 2013 selepas rusuhan jalanan
besar-besaran yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat Mesir.



Sejak itu negara yang dicengkam rejim tentera di bawah pimpinan Jeneral
Abdul Fattah al-Sisi, beliau mengharamkan Ikhwanul Muslimin dan
menangkap para pemimpin serta penyokongnya.



Pada 2014, al-Sisi mengadakan pilihan raya presiden dengan jumlah peratusan mereka yang keluar mengundi hanya 46 peratus.







LIHAT VIDEO DI SINI







No comments:

Post a Comment