Saturday, 16 May 2015

Kenyataan Tun M makan diri







Pandikar Amin dalam satu kenyataan media
menafikan dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau meletak jawatan sebagai
Speaker Dewan Rakyat.







pandikar_mahathir_Zainuddin_600





PETALING
JAYA: Reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad akan terjejas sekiranya dakwaan
beliau bahawa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletak
jawatan, tidak benar.




Dalam tulisan di entri blognya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri
Zainuddin Maidin atau Zam berkata, kenyataan yang dibuat bekas Perdana
Menteri itu dalam program Bicara Negara di Ipoh pada Sabtu menimbulkan
tanda tanya.




Jelasnya, seorang rakan menelefonnya dan bertanyakan mengapa Pandikar
memberitahu mantan Perdana Perdana (peletakan jawatan seperti didakwa
Dr Mahathir) dan tidak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.




“Seorang kawan segera menalipon saya dan bertanya mengapa dia
memberitahu mantan Perdana Tun Mahathir dan tidak memberitahu Perdana
Menteri Datuk Seri Najib?,” tulis Zam.




Dr Mahathir dalam program itu mendakwa, Pandikar telah umumkan
meletak jawatan dan Timbalan Speaker mengambil alih sebagai Pengerusi
Dewan Rakyat.




“Speaker sudah berhenti. Dia datang jumpa saya dia kata dia hendak
berhenti. Dia tak mahu dah. Sekarang yang jadi pengerusi dewan, dia
punya timbalan,” Dr Mahathir dilaporkan berkata.




Beberapa jam selepas berita itu tersebar, Pandikar Amin dalam satu
kenyataan media menafikan dakwaan Dr Mahathir dan menegaskan beliau akan
hadir pada sidang Dewan Parlimen pada Isnin ini.


No comments:

Post a Comment