Saturday, 16 May 2015


1MDB tidak bermoral mahu rakyat bersabar



tony_pua




Roketkini.com





PETALING JAYA: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua
berkata Ahli Lembaga Pengarah 1MDB boleh dianggap tidak ada moral
apabila tergamak meminta rakyat “bersabar” dalam skandal kewangan RM42
bilion 1MDB.




“Mereka (1MDB) tidak ada hak minta rakyat bersabar kerana kegagalan
mereka melindungi kepentingan Malaysia sekaligus gagal juga mengurus
duit pembayar cukai,”ujar Tony.




Kenyataan “mohon bersabar” dikeluarkan Lembaga Pengarah 1MDB selepas
Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak mendesak mereka meletakkan jawatan
kerana gagal menyelesaikan kemelut agensi berkenaan.




Nazir yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
sebelum ini memang pernah mengkritik 1MDB. Nazir juga pernah
mengeluarkan kenyataan bersama adik-beradiknya yang lain untuk
menjelaskan keadaan apabila Najib dikaitkan dengan kekayaan “diwarisi
daripada keluarga” mereka.




Menurut Tony, skandal 1MDB terlampau besar dan tidak dapat ditutup lagi.




Katanya, ia dapat dibuktikan dengan pembabitan Lembaga Tabung Haji
dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) turut sama berkomplot
menyelamatkan hutang melampau 1MDB.




”Oleh itu, Lembaga Pengarah 1MDB tidak mempunyai hak moral untuk menuntut rakyat Malaysia untuk bersabar.




“Agak melucukan apabila 1MDB pula mengancam untuk menyaman pengkritik.




“Mengapa tunggu sehingga hari ini untuk ambil tindakan undang-undang
apabila sudah banyak dakwaan beredar dalam bidang awam selama hampir
setahun sudah?” soal Tony lagi. – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment