Pelarian Rohingya yang terdampar di perairan Malaysia atau di mana-mana pantai negara kita,
wajib diselamatkan. Ini adalah masalah kemanusiaan ajaran Islam yang
terkandung dalam kitab suci Al-Quran untuk membantu dan mengasihi
sesama insan.
Selepas diselamatkan, pihak kerajaan Malaysia yang
menjadi pengerusi ASEAN hendaklah memainkan peranan supaya pelarian itu
dapat pulang ke negara mereka masing-masing melalui Agensi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) dan lain-lain badan antarabangsa.
Malaysia
tidak boleh berlepas tangan terhadap kemanusiaan, tidak kira mereka
datang daripada mana, tidak boleh dibiarkan manusia itu mati di laut
tanpa di selamatkan. Binatang pun wajib kita selamatkan, inikan pula
manusia tidak kira mereka itu, dari mana, beragama apa, bangsa apa,
mereka adalah manusia.
Malaysia mesti
menunjukkan kehebatan sebagai pengerusi ASEAN menyelesaikan perkara ini
dengan rakan-rakan ASEAN dan juga dengan PBB.
Kita juga
mendesak kerajaan Burma menghentikan tindakan zalim ektrimis Budha
terhadap rakyatnya sendiri ataupun orang yang berada di negaranya.
Pihak ektrimis dan jika didapati kerajaan Burma turut berkomplot dalam
usaha penghapusan etnik tersebut maka wajib diambil tindakan dan
dihukum oleh negara ASEAN dan negara-negara dunia yang bertamadun yang
lain.
Kesimpulannya, nyawa pendatang Rohingya yang terapung
diperairan kita terdiri dari anak-anak kecil, orang dewasa wanita dan
lelaki, wajib diselamatkan dahulu dan selepas itu barulah memikirkan
perancangan yang selanjutnya
(^) Haji Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS
No comments:
Post a Comment