KELAB GREENBOC
Timbalan
Presiden PAS Mohamad Sabu mengecam pihak yang cuba memberikan “tongkat”
baru kepada Umno selepas tongkatnya selama ini patah, merujuk kepada
MCA dan MIC, dua parti komponen utama Barisan Nasional (BN) yang lain.
Tanpa menamakan pihak yang mahu menongkat Umno itu, Mohamad atau lebih
dikenali sebagai Mat Sabu berkata, ketika Umno terhoyong hayang mahu
rebah sekarang, ada pihak yang cuba menahannya daripada jatuh.
"Ciss... siapa yang nak beri tongkat baru kepada Umno?" tanya Mat Sabu dalam satu ceramahnya malam tadi di Kota Baru.
Turut serta dalam ceramah anjuran PAS Kota Baru itu Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.
Mat Sabu dipercayai menyindir sesetengah pihak dalam PAS yang cuba berbaik-baik dengan Umno.
Menurut Mat Sabu, semasa satu Muktamar Pemuda PAS di Rusila, Marang,
mursyidul am PAS ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata,
kekuatan Umno dan BN ialah kerana adanya tongkat iaitu daripada MCA dan
MIC.
"Kalau kita berjaya patahkan tongkat itu, rebahlah Umno," kata Allahyarham Nik Aziz sebagaimana diceritakan Mat Sabu.
"Sekarang orang Cina dan India tidak mahu lagi undi Umno dan BN, ertinya tongkat Umno sudah patah dan Umno pasti akan rebah.
"Sekarang, dua tongkat Umno itu sudah patah, ertinya Umno sedang
terhoyong hayang, tiba-tiba ada orang yang mahu tahan Umno supaya jangan
tumbang," kata Mat Sabu dalam ucapannya di depan kira-kira 1,000
hadirin.
Baru-baru ini, semasa diwawancara akhbar Singapura, Nation, Presiden PAS
Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mencadangkan sekali lagi agar kerajaan
perpaduan tanpa pembangkang ditubuhkan di Malaysia dengan menggabungkan
semua parti dalam negara, baik daripada BN mahu pun Pakatan Rakyat (PR).
Cadangan ini pernah beliau suarakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 namun ditolak pimpinan PAS sendiri.
Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah juga mencadangkan penubuhan
kerajaan dalam bentuk yang sama iaitu satu koalisi nasional manakala
Lim pernah mencadangkan kerajaan dibentuk berdasarkan tentangan kepada
hudud.
Dalam ceramahnya malam tadi, Mat Sabu juga menegaskan, kejayaan PAS
dalam politik selama ini ialah melalui kerjasama dengan pihak lain.
Beliau berkata, kejayaan PR memerintah 5 negeri pada PRU 2008 adalah kerana kerjasama antara PAS, PKR dan DAP.
"Adakah DAP berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Pulau Pinang? Tidak boleh," tegasnya.
"Begitu juga PKR. Mereka tidak akan berjaya membentuk kerajaan bersendirian di Selangor.
"Kejayaan PAS mengambil alih Kelantan pada 1990 juga adalah kerana bekerjasama dengan pihak lain iaitu Semangat 46."
Begitu juga pembentukan kerajaan negeri Terengganu pada 1999 yang
merupakan hasil kerjasama dengan parti Keadilan Nasional, katanya. -TMI
LIHAT VIDEO DI SINI
ULASAN GB
Apa yang disampaikan oleh Mohamad Sabu malam tadi sedikit sebanyak menyamai apa yang disampaikan oleh TGNA satu ketika lalu.
LIHAT VIDEO DI SINI



No comments:
Post a Comment