Monday, 11 May 2015

Jawatan Lantikan Umno Bakal Diisi Pemimpin Baharu

Oleh: NORFATIMAH AHMAD





















PETALING JAYA: Kritikan
terhadap kenyataan pihak tertentu berkaitan isu pelaksanaan Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST) dikhabarkan memberi kesan kepada Umno apabila
parti itu dikatakan merancang untuk menstruktur semula pentadbirannya.




Sebagai permulaan, perubahan yang dilakukan dijangka membabitkan
jawatan yang disandang seorang timbalan menteri, sebelum perubahan yang
lebih besar dilakukan.




Beberapa pihak dalam Umno memaklumkan, ia adalah sebahagian langkah
untuk mengukuhkan hubungan dengan akar umbi, masyarakat keseluruhannya
dan juga media.




Sumber-sumber memaklumkan, khabar untuk melakukan perubahan ini sudah
lama dibincangkan di peringkat bawah tetapi tidak pada mesyuarat Majlis
Tertinggi (MT) Umno.













"Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi perkara itu pernah dibincangkan
beberapa pihak, bagaimanapun perkembangan terkini menyebabkan timbul
semula spekulasi berhubung perubahan jawatan tertentu dalam Umno.




"Malahan, sudah ada pihak mula melobi untuk menggantikan jawatan yang
penting di peringkat Umno dan Barisan Nasional itu," katanya yang
menjangka perkara itu akan diketengahkan pada mesyuarat MT Umno pada
Isnin.




Kenyataan yang dilabelkan sebagai tidak matang hingga digunakan
pembangkang untuk menghentam kerajaan, selain menimbulkan kemarahan
masyarakat diambilkira dalam melakukan perubahan ini.




Malahan, sumber itu mendakwa, pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin
dan Permatang Pauh baru-baru ini, ada pihak meminta supaya timbalan
menteri itu tidak hadir berkempen untuk calon BN kerana bimbang akan
memberi persepsi negatif kepada pengundi.




"Perubahan yang dibuat di peringkat parti ini mungkin membawa kepada
rombakan Kabinet, jika Perdana Menteri benar-benar mahu pemimpin negara
dihormati ramai," katanya.

No comments:

Post a Comment