MSO
Najib Razak akhirnya terpaksa juga mengaku kalah dan tidak
sanggup untuk terus berperang di medan psikologis dengan Dr Mahathir
Mohamad apabila semalam dia membuat kenyataan terbuka menegaskan tidak
akan tunduk kepada desakan agar meletak jawatan.
![]() |
| Jangan silap ini bukan Najib. |
Kenyataan itulah yang ditunggu-tunggu Mahathir selama ini, mahu melihat
Najib melatah dan membuka langkah menyerangnya. Mahathir mahu melihat
aura Bugis Najib yang sebenar. Apa yang ditunggu itu kini sudah
diperolehi. Najib dalam kunjungan ke Sabah semalam dengan angkuh membuat
penegasan dia tidak akan melepaskan jawatan perdana menteri.
Penegasan Najib itu dilihat dia sudah hilang sabar dan gagal kawal diri
apabila 24 jam sebelum berlangsungnya himpunan sempena hari kelahiran
Umno di PWTC hari ini, Najib sudah "membeludakkan" perasaanya itu.
Seolah-olah tindakan Najib di Sabah itu seperti wanita hamil bersalin
tidak cukup bulan.
Melihat cara Najib mempertahankan diri sambil
menyerang Mahathir semacam beliau dirasuk sehinggakan berani untuk
membuat serangan terbuka sebegitu. Najib sampai mengungkit sokongannya
kepada kepada Mahathir tahun 1987 yang sekaligus membuka sikap play safe yang oportunisnya. Aksi Najib itu tidak bijak dan dianggap melampau, yang menunjukkan dia beserabut.
Sebelum ini Najib menahan sabar daripada membalas apa yang Mahathir
lakukan kepadanya. Kalau pun ada Najib hanya menyinis dan banyak
membiarkan kepada awak-awaknya, para menteri Musang Berjanggut untuk
menjawab bagi pihaknya. Sikap mendiamkan diri dan istiqamah dengan
kebodohan sebagai satu pendekatan bijak Najib. Rata-rata orang melihat
Najib lebih pintar berbanding dengan Mahathir. Tetapi apa yang berlaku
di Sabah semalam menyerlahkan akan kedangkalan Najib.
Mahathir mungkin tersenyum melihat Najib dikaca televisyen menyerangnya.
Bagi Mahathir selaku seorang ahli politik yang matang dan licit, dia
sangat berharap Najib bingkas menjawab persoalan yang ditimbulkan.
Beberapa isu dibangkitkan beliau sebelum ini mendedahkan kelemahan
kepimpinan Najib dan ketidakmampuan PM itu memimpin negara disambut
dingin oleh Najib. Kedinginan itulah menjadikan Mahathir serba salah dan
kecewa sehinggakan ada kalanya bertindak sebagai orang kewarasan.
Kini apabila dengan penuh bersemangat dan amarah Najib menegaskan dia
tidak akan lepaskan jawatan, tindakan itu sangat disukai Mahathir.
Kenyataan dan sikap itulah yang Mahathir mahu diakukan Najib, kerana
apabila Najib berbuat begitu ia mengesahkan keserabutan dalam Umno.
Apabila Najib mula bercakap meletakkan laki Rosmah itu dalam suasana
yang bahaya kerana banyak lagi kesilapan dan kesalahannya akan
terserlah. Serangan Najib kepada Mahathir dan penegasan enggan berundur
semalam juga mengesahkan bahawa PM itu bermasalah besar.
Sekarang bukan sahaja orang dekat dengan Najib yang tahu masalah beliau,
tetapi seluruh rakyat dapat melihat dan merasakan masalah yang berlaku
dalam Umno. Pergolakan dalam Umno yang melibatkan Najib kini sudah mulai
membusuk dan keluar dari storage Umno apabila beliau menyerang
secara terbuka. Najib telah membuka pekong Umno kepada umum yang sebelum
ini ada yang hendak disembunyikan.
Penegasan dilakukan Najib di Sabah semalam satu kesilapan sebenarnya.
Najib sepatutnya tidak terpengaruh dengan kehadiran orang ramai (yang
diupah) untuk bersolidariti kepadanya lantas menyerang Dr Mahathir.
Beliau perlu ingat mengenai budaya dan tradisi orang Sabah. Politik
orang Sabah politik "chameleon", yang bukan boleh dipegang buku.
Apakah Najib terpesona dengan janji dan akuan dilafazkan pemimpin Sabah,
Salleh Said Keruak, Abdul Ghafur Salleh atau Musa Aman yang
menerang-nerang suara untuk mempertahankannya. Kalau Najib percaya, ia
satu kesilapan besar. Politik orang Sabah, boleh terbalik dan berubah
dalam masa beberapa minit sahaja. Politik orang Sabah adalah politik
"daun balik angin".
Orang Sabah boleh merubahkan pegangan politik dan sokongannya gara-gara
hanya tidur mereka kerana diganggu mimpi dan igau atau perjalanan mereka
tersepak batu. Politik orang Sabah boleh didapati di pasar-pasar dengan
price tag tertentu.
Sudah berapa kali orang-orang yang lantang bangun dan mempertahankan
Najib itu berubah keadaan dan pegangan politiknya. Kalau itulah yang
membuka selera Najib untuk bercakap persis semalam, ia adalah kesilapan
besar. Najib gagal atau terlupa melihat buku sejarah politik orang
Sabah. Mungkin sebelum sempat pesawat yang membawa Najib pulang ke Kuala
Lumpur, pendirian dan sokongan orang Sabah itu sudah pun berubah.
Orang Sabah yang mengalami keazaban politik sejak berpuluh tahun lalu,
ditipu dan dipersendakan Barisan Nasional, mengira inilah masa untuk
mereka mempermain-mainkan Najib. Orang Sabah sebenarnya berdendam dengan
orang Kuala Lumpur terutamanya parti yang dipimpin Najib. Apakah Najib
boleh percaya dengan orang yang ada dendam? Ada ubi adalah batas.
Dalam ucapan bersemangat di Sabah semalam Najib sekali menjadikan rakyat
dan ahli Umno sebagai benteng dan aling-aling untuk beliau berlindung.
Katanya selagi ahli Umno dan rakyat menyokong dia, dia tidak akan
berundur. Dangkal alasan dan hujah Najib itu. Dia sendiri tidak tahu
membaca telapak tangan politik semasa tentang sokongan ahli Umno dan
rakyat kepadanya.
Kalau ahli Umno benar-benar memberi sokongan padu kepadanya dan juga ke
atas beberapa dasar dan polisi pentadbirannya, untuk apa dikerah ahli
berhimpun dan mengangkat sepanduk I love PM? Bukankah cara itu
menunjukkan Najib sudah hilang sokongan, dan sokongan terpaksa dibeli.
Najib tidak boleh bertahan dengan sokongan upahan.
Saya melihat himpunan di Sabah semalam bukan untuk menyokong tetapi
untuk merebahkan Najib. Himpunan semalam memandu Najib menuju keranda
untuk dibawa ke liang lahad. Orang Sabah tanpa diketahui ada agenda lain
yang tidak ternampak oleh Najib. Sabah sesungguhnya bukan fix deposit kepada
BN,tetapi ia adalah padi gundal kepada Najib dan Umno. Tahu padi
gundal? Kalau tidak tahu, cari maksud dan ertinya, bertanya kepada yang
tahu istilah itu.
Rakyat yang didakwa menyokongnya juga adalah tidak benar dan meleset.
Apakah Najib tidak menyedari bahawa sokongan rakyat kepada BN
berdasarkan "pemilu" lalu, kini hanya tinggal 42% sahaja? Apakah angka
itu Najib berasakan ia satu sihir dan silap mata. Angka itu dicerakinkan
setahun lalu, dan status itu kini sudah berubah. Najib lembab dalam
meng up-date status sokongannya.
Dengan terlaksananya cukai GST, yang dimarahi bukan sahaja oleh rakyat
marhaen tetapi lembu kerbau, monyet dan lain-lain juga; dengan
terbongkarnya skandal pembelian dan penjualan tanah oleh Tabung Haji
bernilai RM188 juta, terdedahnya masalah hutang yang ditanggungi oleh
1MDB sebanyak RM42 billion, angka 42% sokongan itu juga sudah bertambah.
Jadi macam mana Najib boleh berangan-angan dan berasa selesa dengan
pencapaian itu?
Najib kini hanya bernostalgia dizaman ayahya dan juga berilusi dengan
sokongan rakyat. Dia berasa kuat kerana beranggapan Tun Razak masih ada.
Manusia yang bernostalgia dan berilusi adalah orang yang tidak waras
atau tidak berada atas alam sedar. Najib kini berada di bawah minda
hakiki.
Perhitungan Najib dalam ini tidak benar. Najib hari ini berpegang kepada
tali yang bukan sahaja tidak kukuh tetapi akan putus bila-bila masa
sahaja. Dalam kata lain beliau sudah sangat terdesak dan terjempit.
Umpama orang terdesak dia akan melakukan apa sahaja termasuk perkara
yang tidak masuk akal ataupun ganjil. Kalau Najib seekor harimau, atau
singa atau kucing yang memiliki kuku tajam dan panjang tidak mengapa
kalau pun dia terdesak kerana ia boleh mencakar. Tetapi Najib hari ini
bukan singa, harimau atau kucing tetapi dia adalah seekor Kelinci putih
sahaja.
Perhimpunan 11 Mei hari ini, akan menjawab persoalan sebenar. Apakah
Najib terus melancarkan serangan kepada Dr Mahathir atau pun beliau
mengambil keputusan mengumumkan persaraanya? Kalau telatah Najib di
Sabah semalam adalah membuang tabiat, mungkin hari ini ada kejutan, yang
sudah pun tidak perlu diperanjati lagi kerana Najib telah menunjukkan
tabiat pelik awal-awal lagi.
Namun bagi saya tetap menyakini Najib akan kekal selagi dia berpegang nyawa politik kepada si burung Penguin

No comments:
Post a Comment