Surat pengesahan pembubaran telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu
PETALING
JAYA: UMNO Cawangan Guar Jering Jaya di Permatang Pauh telah dibubarkan
pada Februari 2015 selepas Jawatankuasa Pengurusan UMNO berpuas hati
dengan laporan yang dikemukakan.
Surat pengesahan pembubaran itu telah dikeluarkan Setiuasaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh bertarikh 24 Mac lalu.
Surat itu dikeluarkan kepada Setiausaha UMNO Bahagian, Suhaimi
Sabudin, yang kini menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya
Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Dengan pembubaran itu, Ab Rauf telah meminta UMNO Bahagian Permatang
Pauh untuk memindahkan ahli-ahli ke cawangan berdekatan dan mengemukakan
salinan senarai ahli ke Ibu Pejabat parti.
Surat pengesahan itu telah diedarkan secara meluas susulan tindakan
beberapa ahli UMNO cawangan Guar Jering Jaya yang membuat sidang akhbar
mengumumkan pembubaran cawangan itu pada Jumaat.
Sidang media pembubaran UMNO cawangan Guar Jering Jaya itu telah
dibuat oleh Asri Ahmad, yang mendakwa dia Ketua UMNO cawangan di Bilik
Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Asri dilaporkan berkata, cawangan yang mempunyai 68 ahli itu
dibubarkan kerana telah bertahun-tahun diabaikan kepimpinan tertinggi
UMNO.
No comments:
Post a Comment