Friday, 1 May 2015

Ahmad Maslan tidak campur isu kad pra bayar


FREE MALAYSIA TODAY





Ahmad Maslan menjelaskan beliau tidak pernah
berkata kad prabayar tidak dikenakan GST sebaliknya mendakwa
kenyataannya disalahertikan oleh beberapa portal berita.







ahmad-maslan5_600





BUTTERWORTH:Timbalan
Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akur isu Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) berhubung kad tambah nilai prabayar diserahkan kepada
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.




“Saya akur arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
tidak akan bercakap pasal kad prabayar,” katanya kepada pemberita ketika
ditanya mengenai arahan Najib supaya Ahmad Shabery mengendalikan isu
itu.




Pada masa sama, Ahmad menjelaskan beliau tidak pernah berkata kad
prabayar tidak dikenakan GST sebaliknya mendakwa kenyataannya
disalahertikan oleh beberapa portal berita.




“Tidak pernah saya kata tambah nilai (prabayar) tidak ada GST…saya
konsisten dari dulu…jangan salah petik kenyataan saya,” katanya kepada
pemberita selepas melawat tapak projek Pasar Raya Besar Mydin di Jalan
Baru, di Butterworth.




Ditanya mengenai desakan pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Sim Tze Tzin supaya beliau meletak jawatan kerana gagal
mengendalikan isu kad prabayar, Ahmad berkata jawatan yang dipegangnya
adalah kehendak Perdana




Menteri dan beliau tidak ada hak untuk mempersoalkannya.




Menurutnya beliau bersedia dari segi minda dan fizikal setiap hari untuk berdepan dengan kritikan mengenai pelaksanaan GST.




“Harapan saya, GST akan lebih difahami kerana kita berhadapan dengan
ramai peniaga yang tidak beretika. GST dicemari peniaga yang tidak
beretika,”katanya.




Sehubungan itu, Ahmad meminta rakyat supaya lebih bersabar kerana keadaan akan kembali stabil dalam masa enam bulan.




“Harga kereta sudah menunjukkan penurunan selepas sistem cukai itu dilaksanakan 1 April lepas,” katanya.




Beliau berkata Kastam Diraja Malaysia juga telah membuka 45 kertas
siasatan berhubung GST dan beberapa kes akan didakwa minggu depan.




Tags: Bahasa, Ahmad Maslan, Kastam Diraja Malaysia- BERNAMA


No comments:

Post a Comment