Friday, 15 May 2015

Tindakan tegas dalang pemerdagangan manusia





Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, (MKN) sedang mengambil
tindakan perlu untuk mengendalikan kebanjiran pendatang asing.







najib_pendatang_600





PETALING JAYA: Malaysia tidak akan bertoleransi dengan sebarang bentuk pemerdagangan manusia.




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar tindakan tegas terhadap dalang sindiket itu.




“Saya berasa amat bimbang dengan masalah pendatang di rantau kita,
sesetengah daripada mereka sudahpun sampai ke negara kita dan
lain-lainnya yang masih mencuba untuk datang,” katanya dalam blog
beliau, www.najibrazak.com.




Awal minggu ini, lebih 1,000 warga Bangladesh dan etnik Rohingya dari
Myanmar tiba dengan beberapa buah bot di Langkawi selepas mereka
mendakwa ditinggalkan oleh pihak yang menyeludup mereka.




Mereka kini berada dalam jagaan pihak berkuasa imigresen Malaysia.




Najib berkata Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara, (MKN)
sedang mengambil tindakan perlu untuk mengendalikan situasi itu.






“Isu ini membabitkan kepentingan antarabangsa dan serantau. Kami
sedang menghubungi semua pihak relevan yang kami berkongsi hsarat untuk
sama-sama mencari penyelesaian terhadap krisis ini,” katanya.


No comments:

Post a Comment