Akaun Facebook Muhammad Faiz dipercayai
disekat atas arahan kumpulan penyokong Presiden Pas yang tidak puas hati
dengan kritikan yang dibuat oleh anak arwah Fadzil Noor.
PETALING JAYA: Akaun sosial Facebook milik anak lelaki bekas Presiden
Pas, Datuk Fadzi Noor dipercayai telah disekat gara-gara kritikan
terbukanya terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Muhammad Faiz Fadzil diketahui ramai tidak menyokong kepemimpinan
Abdul Hadi yang dilabel kumpulan ulama dalam Pas dan sering mengkritik
Presiden Pas itu.
Dia yang juga seorang peguam dilihat lebih cenderung kepada kumpulan liberal dan sering mengkritik golongan ulama dalam Pas.
Penyokong kumpulan liberal yang menghubungi FMT percaya kumpulan
ulama telah membuat aduan kepada syarikat pengendali Facebook supaya
menyekat akaun Muhammad Faiz.
“Kami tidak lagi boleh akses akauan Facebook Muhammad Faiz. Mungkin
telah disekat kerana aduan pihak sebelah sana (penyokong kumpulan
ulama),” kata seorang penyokong kumpulan liberal kepada FMT.
Kumpulan penyokong Liberal percaya kritikan pedas Muhammad Faiz
terhadap Presiden Pas telah menimbulkan kurang senang kepada sesetengah
lalu membuat aduan kepada Facebook.
Muhammad Faiz dalam sebuah forum di pejabat Malaysiakini pada April
lalu dilaporkan menyeru supaya ahli Pas memilih Datuk Husam Musa dan
Mohamad Sabu sekiranya mahu parti itu kekal berada dalam arus politik
perdana.
“Ini pemimpin dalam Pas yang patut kita julang. Kenapa nak lihat
beberapa pemimpin dalam Pas yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan
mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarakat,” kata Muhammad
Faiz.
Muktamar Tahunan Pas pada Jun ini bakal menyaksikan pertembungan
antara kumpulan ulamak dan liberal untuk merebut jawatan tertinggi parti
itu.
Setakat ini, Abdul Hadi sah akan dicabar bekas Naib Presiden, Ahmad
Awang bagi jawatan Presiden manakala Husam belum menyatakan
pendiriannya.
Sementara bagi jawatan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dijangka ditentang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
No comments:
Post a Comment