Monday, 11 May 2015

Pas setuju DAP pilih Wan Azizah jadi Ketua Pembangkang







Pas Pusat telah membuat keputusan menyerahkan kepada DAP memilih Ketua Pembangkang dan Pas setuju dengan pilihan itu.







mazfuz, azizah








KUALA LUMPUR: Pas menyokong penuh
cadangan DAP untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik
sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.





Ketua Whip Parlimen Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas Pusat telah
bermesyuarat pada Sabtu lalu dan sebulat suara menyerahkan kepada parti
majoriti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP untuk memilih Ketua Pembangkang.




“Atas cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kita
bersetuju untuk menyerahkan kepada parti yang mempunyai majoriti iaitu
DAP,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Pas pada Isnin.




Ketua Penerangan Pas itu berkata, DAP sebelum ini telah menyatakan
pendirian menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada PKR dan calon
paling layak ialah Wan Azizah.




“Maka kami setuju pilih Wan Azizah sebagai ketua pembangkang.
Disebabkan prinsip, PAS menghormati dan mengikut keputusan DAP,”
katanya.




Pelantikan Wan Azizah itu akan diumumkan pada persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.


No comments:

Post a Comment