Majlis Tertinggi UMNO akan menasihatkan Najib supaya berundur secara ikhlas, bersopan dan beradab pada mesyuarat petang ini.
PETALING JAYA : Majlis Tertinggi UMNO yang akan bermesyuarat pada
petang ini akan menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya berundur
sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Dakwaan itu dibuat oleh bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin dalam entri terbarunya di blog zamkata.blogspot.com
Beliau berkata, Majlis Tertinggi UMNO akan memaklumkan kepada Najib
bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan rakyat di peringat
bawah selain ahli parti sendiri.
“Maklumat yang saya terima pada keseluruhannya anggota MKT (Majlis
Kerja Tertinggi) telah pun menerima hakikat bahawa Najib tidak lagi
mendapat sokongan rakyat di bawah terutama dalam parti sendiri.
“Dan mereka mungkin akan memberitahu Najib secara ikhlas, bersopan
dan beradab dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini,”
tulis Zam.
Sementara itu, Zainuddin menyeru umat Islam bersama-sama menyertai
doa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Mekah supaya
Najib berundur.
“Marilah kita bersama-sama menyertai doa mantan Perdana Menteri di
tanah suci Mekah agar Allah membuka hati Najib secara bijaksana berundur
diri dan meletakkan jawatan pada masa yang sesuai bagi menyelamatkan
maruah bangsa, agama dan negara,” tulisnya.
Zainuddin memaklumkan Dr Mahathir berlepas ke Mekah bagi mengerjakan umrah pada Ahad.
No comments:
Post a Comment