Monday, 11 May 2015

Ahmad Maslan mengamuk, label penfitnah ‘bangkrap’ moral












Ahmad Maslan menafikan tuduhan yang beliau
mengatakan sesiapa mempersoalkan GST akan disaman dan menyarankan pihak
yang tidak puas hati supaya pindah ke bulan.







ahmad-maslan-gst








PETALING JAYA: Timbalan Menteri yang penuh kontroversi, Datuk Ahmad
Maslan menafikan dakwaan beliau membuat kenyataan sesiapa yang
mempersoalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disaman.




Timbalan Menteri Kewangan itu juga menafikan beliau menyarankan pihak yang mempertikai GST supaya pindah dan tinggal di bulan.




Ahli Parlimen Pontian itu menyifatkan pihak yang menyebarkan fitnah itu sebagai ‘bangkrap moral’ dan kerja bodoh.




“Ini satu fitnah dan kerja bodoh. Saya tak pernah cakap dua perkara
itu. Orang yg suka fitnah ialah kumpulan bangkrap moral,” tulisnya di
Twitter.




Bagaimanapun, ejaan ‘bangkrap’ yang digunakan Ahmad Maslan itu salah.
Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ejaan betul ialah ‘bankrap’.




Ahmad yang sering menjadi mangsa tohmahan berhubungan pendiriannya
mengenai GST membuat penafian itu selepas gambarnya dengan dua ayat
“Siapa persoalkan tentang GST akan disaman!” dan “Tak mampu Bayar GST
Duduk Kat Bulan” disebar dan dikongsi di media sosial.




Ahmad Maslan sebelum ini menegaskan beliau tetap akan menjelaskan
kepada rakyat mengenai GST walaupun berisiko dibaling batu oleh pihak
yang tidak berpuas hati.


No comments:

Post a Comment