Monday, 11 May 2015

Sambut Ulang tahun UMNO ke-69 dengan ‘pertembungan’







Shahbudin ragu-ragu sama ada Ketua UMNO
bahagian berani mempersoal isu semasa dalam perjumpaan dengan Najib pada
Isnin atau sekadar menjadi 'keyboard warriors'.







umno








PETALING JAYA: Setiap 11 Mei, ulang tahun penubuhan UMNO disambut
dengan ucapan juga seruan pengukuhan dan perpaduan dalam parti.




Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-69 hari ini (Isnin) bagaimanapun berbeza
kerana dipenuhi dengan pertembungan, dakwa bekas Ketua UMNO Bahagian
Setiawangsa, Shahbudin Husin.




Dia berkata, pertembungan itu kerana kepimpinan negara di bawah
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan parti dalam kucar-kacir.




Katanya, pemimpin kanan UMNO sendiri mempertikai pentadbiran Najib
yang sebelum ini hanya dikritik hebat mantan Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad.




Menerusi blognya, shahbudindotcom.blogspot.com, dia menyenaraikan
beberapa pemimpin tertinggi dalam kabinet yang turut mempersoalkan
kreadibiliti Najib dalam pentadbiran dan beberapa isu melibatkan soal
ketelusan.




“Beberapa hari sebelum ini,Tan Sri Muhyiddin Yassin bersuara dari
Milan, Itali mahukan ketelusan dalam urus tadbir kerajaan dan mengatakan
beliau “tak tahu nak jawap apa” mengenai 1MDB apabila berhadapan dengan
rakyat.




“Datuk Zahid Hamidi, Shafie Apdal, Hishammuddin, Khairy Jamaluddin
dan beberapa pimpinan lain tidak segan-segan lagi bersuara mengenai
beberapa kelemahan pentadbiran Najib serta mahukan tindakan segera
diambil,” katanya.




Kritikan terbaru berhubung isu pembelian tanah 1MDB oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dan ketirisan wang negara wang berlaku.




Malah, isu tersebut juga turut diberi perhatian rakan sekutu Barisan
Nasional (BN), iaitu MCA, MIC dan Gerakan yang seolah-olah turut
berjuang demi pelabur TH.




Shahbudin berkata, dia sangsi sama ada perjumpaan Najib dengan
Ketu-Ketua UMNO Bahagian akan berakhir dengan pendebatan mengenai
isu-isu semasa atau berdiam diri sekaligus membuktikan mereka (Ketua
UMNO Bahagian) tidak lebih daripada ‘keyboard warrior’ yang hanya berani
di alam maya.




“Adakah Zahid Hamidi, Hishammuddin, Khairy atau lain-lain pemimpin
UMNO atau proksi mereka berani melontarkan soalan dan berhujah secara
berdepan dengan Najib dalam perjumpaan nanti?




“Sama ada perjumpaan hari ini panas atau sebaliknya, atau pemimpin
UMNO berani bersoal jawab dengan Najib atau tidak, yang pasti Tun
Mahathir akan terus menyerang dan mengkritik kerana sokongan akar umbi
jelas berpihak kepada apa yang diperkatakan oleh bekas Perdana Menteri
itu,” jelas Shabudin.


No comments:

Post a Comment