Siti Nurhaliza tidak terkecuali meluahkan perasaan terhadap pembelian tanah 1MDB oleh Tabbung Haji.
PETALING JAYA : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza
Tarudin menyifatkan isu pembelian tanah milik 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai memalukan.
Luahan itu dimuat naik di laman Twitternya dan turut dikongsi ramai pengikutnya.
“Ya Allah lindungi kami ..” tulisnya ringkas.
Ia dimuat naiknya selepas tengah hari Sabtu.
Status Siti di laman sosial sebelum ini menarik perhatian ramai
apabila dia secara terbuka menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Jelasnya, bekas Perdana Menteri Keempat itu tidak pernah sendirian
ketika ekoran kritikan dan teguran lantangnya terhadap kepimpinan Datuk
Seri Najib Tun Razak.
“Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun
mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga
terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.
“Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak,” katanya dalam status Instagramnya
No comments:
Post a Comment