KUALA LUMPUR - Satu laporan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dan
1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dibuat di Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) esok.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Amidi Abdul Manan berkata, ia
bagi menyiasat segala bentuk urus niaga yang dibuat oleh 1MDB dan TH.
"Kita akan buat laporan kepada SPRM untuk menyiasat kes ini.
Kemungkinan ada beberapa perkara boleh disiasat. Kita akan beri peluang
kepada masyarakat untuk menyuarakan pendapat bagi penambahbaikan TH,"
katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Pejabat TH, di sini hari
ini.
Sebelum ini, Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu
Hassan pada 15 Januari lalu tampil membuat laporan kepada SPRM
berhubung 1MDB.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata
ia akan membolehkan siasatan terperinci, menyeluruh dan berterusan
dilakukan badan itu berkenaan ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan
dan dana kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.
"Kami mahu kembalikan TH ke landasan sebenar di mana kepercayaan
terhadap TH dijaga dengan baik. Tidak timbul hartanah bumiputera tidak
dijaga kerana banyak lagi tabung-tabung yang dapat membantu.
"TH tidak patut terlibat dengan syarikat yang bermasalah seperti 1MDB.
Kalau dia beli hotel atau bas di Mekah kita boleh terima. Kalau beli
hotel dekat London kita ada masalah sikit," kata Amidi lagi.
No comments:
Post a Comment