Tun M dijadual menghadiri program Bicara Negara di Hotel Tower Regency Ipoh pada 3 petang, Sabtu ini (16 Mei).
PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir
Mohamad yang baru pulang mengerjakan umrah dikatakan akan menjawab
segala tuduhan tentang kekayaan anaknya dalam satu program di Ipoh pada
Sabtu ini.
Menurut beberapa blog pro Barisan Nasional (BN), Tun M akan memberi
penjelasan mengenai perkara itu bagi menangkis serangan kumpulan
penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertindak membuat serangan
balas terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Dr Mahathir dijadual menghadiri program Bicara Negara di Hotel Tower Regency Ipoh pada 3 petang, Sabtu ini (16 Mei).
Sebelum ini, penyokong Najib mempersoalkan kekayaan dua anak lelaki
Dr Mahathir, Mirzan dan Mokhzani, yang masing-masing dikatakan bertaraf
jutawan.
Ia bagaimanapun telah dijawab menerusi blognya, chedet.cc.
Dalam entri berkaitan, Dr Mahathir menafikan dakwaan anaknya bertaraf
jutawan sebaliknya Mirzan dan Mokhzani mempunyai pinjaman bank bernilai
jutawaan ringgit bagi membiayai perniagaan.
Katanya, Mirzan telahpun menjual syarikat perkapalan kepada Petronas
ketika kegawatan ekonomi manakala Mokhzani terlibat dalam perniagaan
selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Tun M mencabar mana-mana pihak mengemukakan bukti yang menunjukkan
beliau menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri untuk memudahkan
Mokhzani mendapat pinjaman.
Mokhzani pernah disenaraikan sebagai orang ke-11 terkaya di Malaysia
oleh Forbes dengan nilai harta kekayaan US$1.2 bilion (RM3.81 bilion)
pada tahun 2014.
No comments:
Post a Comment