Thursday, 14 May 2015

Ke mana arah Shafie Apdal?










Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
dengan Datuk Seri Najib Tun Razak bukan lagi rahsia. Bahkan beliau
dilihat mempunyai peluang untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
sebagai orang nombor dua namun ia berubah selepas terjebak dengan
skandal.







shafie afdal






PETALING JAYA: Satu ketika karier
politiknya begitu menyerlah. Beliau mungkin menjadi satu-satunya ahli
politik dari Sabah yang mendapat keutamaan termasuk jemputan untuk
menyambut hari jadi Perdana Menteri yang dibuat secara peribadi dan
macam-macam lagi.





Keakraban Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan Datuk Seri Najib Tun
Razak bukan lagi rahsia. Bahkan beliau dilihat mempunyai harapan yang
cerah untuk menyandang portfolio kanan dalam pentadbiran Perdana Menteri
Kelima.




Bagaimanapun, reputasinya terjejas selepas dikatakan berskandal
dengan seorag pelakon. Rentetan cerita demi cerita, peluangnya semakin
tergugat selepas Ahli Parlimen Semporna itu diheret dalam kes saman
RM100 juta membabitkan seorang pelakon dan pemandunya yang didakwa
melesapkan wang RM200,000 yang dikatakan diberikan Shafie kepada pelakon
berkenaan.




Dalam pendedahannya, pemandu berkenaan mendakwa Shafie mengajinya
untuk memantau pergerakan pelakon berkenaan dengan melaporkan apa yang
dilakukannya.




Pemandu berkenaan turut mendakwa pelakon berkenaan menerima RM1.4
juta daripada Shafie, memiliki BMW 6 Series, Porshe, Toyota Harrier dan
rumah bernilai RM2.9 juta.




Segala kenyataan itu kemudian didedahkan Ahli Parlimen Ampang,
Zuraida Kamaruddin dan kemudian membuat laporan polis serta mengadakan
sidang media di lobi Parlimen.




Sejak itu, karier Shafie menjunam dan tidak lagi mempunyai potensi
untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri, sama ada Timbalan Perdana
Menteri Pertama atau Timbalan Perdana Menteri Kedua.




Mungkinkah faktor itu menyebabkan beliau marah dengan Perdana Menteri
sehingga turut sama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kritikan ke
atas kepimpinan Najib?.




Ketika UMNO meraikan ulang tahunnya ke-69 pada 11 Mei, beliau telah ke Makkah untuk menunaikan umrah.




No comments:

Post a Comment