SHAH ALAM – Wujudnya pencabar bagi jawatan presiden mungkin menandakan
bahawa ada mesej yang ingin disampaikan kepada penyandangnya, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, Abdul
Hadi perlu sedar bahawa penerimaan bekas Naib Presiden Pas, Ahmad Awang
terhadap pencalonan jawatan presiden membawa suara tidak puas hati
dengan pemerintahannya.
“Mungkin ada yang tidak bersetuju, tetapi beliau (Ahmad) tetap mendapat
pencalonan yang cukup dan selayaknya untuk membolehkkannya menentang
Abdul Hadi.
No comments:
Post a Comment