Sunday, 17 May 2015

Selepas Serang LKS, Pro-UMNO Dalam PAS Serang Ust. Ahmad Awang


KELAB GREENBOC























Setelah
menyerang Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang memberikan ceramahnya di
Kota Bharu beberapa hari lepas, kini golongan pro-UMNO di dalam PAS
melakukan serangannya ke atas calon Presiden Ustaz Ahmad Awang yang
mencabar Haji Abd Hadi Awang.




Berikut disertakan beberapa printscreen terhadap penhinaan golongan
pro-UMNO terhadap Ustaz Ahmad Awang, sehingga ada yang menggelarnya
"syaitan", "syiah", malah ada seorang Peserujaya PAS Negeri "berharap"
agar Ustaz Ahmad Awang tidak mati di dalam "suul-khatimah".








Selain dari itu, keluar pula kenyataan Pengarah Jabatan Pilihanraya
Dewan Ulama Pas Kelantan, Mohd Asri Daud berkata, yang menyatakan
jawatan Presiden tidak boleh dicabar.



Beliau meletakkan Haji Hadi di "peringkat yang tidak melakukan dosa dengan sengaja", dalam istilah lain - "maksum".



"dalam ilmu Harakah Islamiyyah (HI) terdapat susunan dan
tertib anggota yang diambil kira dalam pelantikan kepimpinan tertinggi
di mana hanya Ustaz Mursyid yang sewajibnya memegang amanah sebagai
khalifah."



Tambahnya, sebagai contoh Syeikh Said Hawwa yang menamakannya dengan
Wali Mursyid mempunyai pandangan dan gerak kerjanya diterima di
peringkat dunia dan dia turut memimpin HI di peringkat dunia.



“Dari sudut amalan dan rohani pula, dia telah mencapai tahap tidak
melakukan dosa dengan sengaja, ternyata muwasofat ini ada pada Datuk
Seri Abdul Hadi Awang yang memimpin Pas sebagai HI di Malaysia ketika
ini,”



Serangan ke atas Ustaz Ahmad Awang kemudiannya diteruskan oleh calon
Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengkritik tindakan Ustaz
Ahmad Awang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden
sebagai "seolah-olah melanggar tradisi PAS". Peliknya beliau sendiri
sebelum ini "menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden
sebelum menerima sebarang pencalonan lagi". Itu tradisi PASkah? Itu
tradisi orang beragamakah?



Apa yang ditulis oleh Mohd Asri Daud dan apa yang dinyatakan oleh Tuan
Ibrahim nampaknya telah melampaui Perlembagaan PAS sendiri.



Fasal 25(2) Perlembagaan PAS menyatakan :


Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah
dipilih dan dilantik akan dia oleh Muktamar Tahunan PAS pada tiap-tiap
dua tahun daripada ahli-ahli PAS atau dengan apa-apa cara jua yang
dipersetujui oleh Muktamar Tahunan PAS itu.



Oleh itu tidak sepatutnya timbul sebarang pertikaian dan halangan untuk Ustaz Ahmad Awang bertanding jawatan Presiden.


Jika ada mana-mana pemimpin atau ahli PAS yang mempertikaikan keputusan
Ustaz Ahmad Awang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden
maka ternyata suara-suara itulah yang bertentangan dengan Perlembagaan
PAS dan sepatutnya dikenakan tindakan disiplin..



Nampaknya golongan pro-UMNO dalam PAS terus meroyan apabila seorang yang
berstatus "ulama" memwakili golongan progresif tampil menawar diri
bertanding jawatan Presiden. Seolah-olah mereka tidak mengakui Ahmad
Awang seorang ulama, hanya mereka saja yang layak bergelar ulama.



Golongan pro-UMNO ini juga mendapat sokongan padu dari dua akhbar UMNO
yang terkemuka, Utusan Malaysia dan Berita Harian yang turut menyerang
dan memfitnah Ustaz Ahmad Awang kononnya dikatakan ada pihak luar yang
mendalangi Ustaz Ahmad Awang.









Teringat kita kata-kata Allahyarham TG Fadzil Mohd Noor ynag menyatakan
bahawa "apabila musuh menyokong kita, ada sesuatu yang tak kena!".






No comments:

Post a Comment