Wednesday, 13 May 2015

Saya paling dibenci tapi saya teruskan, kata Ahmad Maslan










Ahmad Maslan mengakui sudah lali dengan
cemuhan dan kritikan dan perkara itu tidak mematahkan semangatnya
meneruskan penerangan kebaikan GST demi negara.







Ahmad-Maslan_gst_600








KUALA LUMPUR: Ahmad Maslan mengakui beliau menjadi orang paling
dibenci di negara ini sejak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST).




Namun, Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, beliau sanggup mengetepikan kritikan dan cemuhan itu demi kebaikan negara.




Katanya, beliau sudah lali dengan cemuhan dan kritikan terutama di
media sosial termasuklah cemuhan yang mengatakan wajahnya seperti najis
babi.




“Saya Ahmad Maslan, orang paling dibenci di Malaysia disebabkan GST.




“Dalam kalangan mereka, ada yang mengelarkan muka saya seperti najis
seekor babi. Walhal najis babi itu merupakan perkara yang paling tidak
digemari dalam Islam.




“Namun, saya telah lali dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan
kerana saya tahu apa yang saya lakukan adalah perkara yang betul untuk
negara,” katanya di majlis Seminar Pematuhan Kualiti Produk di Tama
Teknologi Malaysia.




Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan menasihatkan orang Melayu mencontohi kualiti yang ada pada peniaga-peniaga Cina.




Beliau berkata, peniaga Cina lebih bekerja keras dalam menjalankan
perniagaan berbanding peniaga Melayu yang kerja separuh jalan.




“Orang Melayu perlu mencontohi Cina untuk berjaya dalam perniagaan.
Mereka (peniaga Cina) bekerja keras, untuk kami (orang Melayu)
kadang-kadang, kami kerja separuh jalan,” katanya.


No comments:

Post a Comment