Monday, 11 May 2015

Rombak pengurusan TH, lantik wakil pembangkang







Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
berpendapat sudah tiba masanya untuk pengurusan tertinggi Tabung Haji
dirombak semula pada kadar segera dan disertai parti pembangkang.







mazfuz,tabung haji






KUALA LUMPUR: Pas mendesak kerajaan
merombak pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) dengan segera
ekoran kontroversi pembelian tanah 1MDB dengan harga berlipat kali ganda
lebih tinggi.





Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, rombakan itu perlu
dilakukan segera berdasarkan situasi semasa yang menghakis kepercayaan
umat Islam terhadap institusi itu.




Beliau berkata, rombakan itu melibatkan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu termasuk wakil daripada pembangkang.




“Lantikkan jawatan pengurusan tertinggi seharusnya dibuka kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang.




“Bahkan, setiap pengurusan tertingi baharu juga harus dipilih secara
telus dan melalui ‘screen test’,” katanya dalam sidang media di Ibu
Pejabat Pas pada Isnin.




Mahfuz yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Selamatkan Tabung Haji
turut mendesak satu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap skandal
pembelian tanah itu.




Beliau juga mempersoalkan penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian tanah oleh TH itu.




“Pembelian tanah ini seolah-olah demi melegakan kesempitan aliran tunai yang dihadapi oleh 1MDB.


“Saya percaya bahawa keadaan terdesak yang dihadapi 1MDB telah
memaksa syarikat itu menjual tanah TRX bagi menjana tunai dengan secepat
mungkin,” katanya.


No comments:

Post a Comment