Friday, 1 May 2015

Rakyat Malaysia di Nepal diminta hubungi kedutaan


SINAR HARIAN
Hamzah Zainuddin Hamzah

ALOR SETAR - Pihak yang anggota keluarga mereka masih berada di Nepal
diminta agar memaklumkan kepada anggota keluarga mereka itu supaya
mendaftar diri dengan Wisma Putra atau kedutaan Malaysia di Nepal bagi
memudahkan proses penghantaran balik mereka ke tanah air.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pada masa ini
pihaknya belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar rakyat Malaysia yang
berada di Nepal, memandangkan kebanyakan mereka yang pergi ke negara itu
tidak mendaftar atau memberitahu Kementerian Luar atau pihak kedutaan
Malaysia di sana.

"Ramai rakyat Malaysia yang pergi Nepal tidak daftar dengan Kementerian
Luar atau kedutaan. Jadi kita minta ahli keluarga yang tahu ada
keluarga mereka yang pergi ke Nepal meminta agar mereka mendaftar dengan
Wisma Putra atau pergi terus ke wakil kita di Kathmandu," katanya
kepada pemberita di sini hari ini.

Nepal dilanda gempa bumi paling teruk dalam tempoh 81 tahun yang
setakat ini dilapor mengorbankan 4,200 nyawa dan lebih 7,000 kecederaan.

Setakat ini seramai 368 rakyat Malaysia sudah dibawa balik.

Hamzah berkata disebabkan perhubungan komunikasi yang buruk, ia
menyukarkan proses mencari dan membantu rakyat Malaysia. - Bernama


No comments:

Post a Comment