Sunday, 10 May 2015

Polis tahan ahli sindiket curi kereta mewah

MALAYSIAKINI















Polis menahan tujuh ahli sindiket mencuri kereta mewah dan merampas lima
kenderaan bernilai RM2.8 juta di Pendang, Kedah dan Selangor, pada
Selasa lepas dan hari ini.



Kesemua kenderaan mewah yang dirampas menerusi Operasi Lejang itu adalah
Porche Panamera Turbo, Land Rover Evoque, Audi Asse, Toyota Vellfire
dan Bentley Continental.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata
kesemua suspek termasuk dua wanita itu berumur antara 22 dan 48 tahun.



"Polis menerima laporan berhubung kejadian pecah bengkel kereta dan
kelima-lima kereta mewah itu dilarikan di kawasan Jalan Chan Sow Lin,
Cheras pada 19 April lepas.



"Pada Selasa lepas, dua dari kenderaan itu iaitu jenis Porche Panamera
dan Bentley ditemui di kawasan taman permainan, Taman Kota Sarang Semut,
Pendang, Kedah, namun tiada sebarang tangkapan," katanya dalam
kenyataan di ibu negara, hari ini.



Zainuddin berkata sebuah Land Rover Evoque ditemui di Kedah semalam, dan
pada 6.15 pagi tadi, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita
berumur antara 22 dan 30 tahun di sebuah restoran di PJU 7/7A, Mutiara
Damansara, Selangor.



"Susulan itu, pada 8 pagi tadi, polis menyerbu sebuah kondominium di
Jalan Persiaran Tropicana, Petaling Jaya dan menahan dua lelaki dan
seorang wanita serta merampas sebuah Toyota Vellfire serta Toyota Mark X
bagi kes lain yang dilaporkan hilang.



"Pada 5 petang tadi, seorang lagi lelaki ditahan di sebuah apartment di Puchong Utama, Selangor," katanya.



Zainuddin berkata dua daripada suspek yang ditahan itu mempunyai rekod
jenayah lampau dan kesemua mereka ditahan reman di bawah Seksyen 117
Kanun Keseksaan.-Bernama











No comments:

Post a Comment