Saturday, 9 May 2015

Permatang Pauh beri isyarat rakyat muak dengan BN

wawi-permatang-pauh



Roketkini.com





GEORGE TOWN, 9 MEI: Kemenangan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh baru-baru ini mengesahkan
bahawa Pakatan Rakyat (PR) masih kekal mendapat sokongan kuat orang
ramai.




Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, keputusan PRK
tempoh hari menghantar mesej yang kuat kepada BN bahawa rakyat secara
umumnya sudah muak dengan cara mereka mentadbir dan mahukan perubahan.




“Kemenangan dalam PRK Permatang Pauh memenuhi aspirasi orang ramai
terhadap kami (PR) supaya memperkukuhkan lagi kekuatan untuk menentang
BN dalam PRU ke-14,” kata Kon Yeow dalam satu kenyataan.




Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota turut merakamkan ucapan tahniah
kepada semua yang terlibat sehingga berjaya membantu kemenangan kepada
PR.




“Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi di
Permatang Pauh atas kesabaran mereka menyokong PR dan terus menghidupkan
perjuangan Reformasi.




“DAP Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada Kak Wan di atas kemenangan beliau.




“Kami berbangga menjadi sebahagian daripada kemenangan ini dan
Jawatankuasa Pilihanraya DAP, pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli harus
diberikan pujian atas tugas yang berjaya dijalankan dengan baik,”
ujarnya. – Roketkini.com






No comments:

Post a Comment