Roketkini.com
TAWAU: Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sabah
esok tidak membawa sebarang makna jika kehadirannya dengan ‘tangan
kosong’.
Naib Pengerusi DAP Negeri Chan Foong Hin berkata, jika Najib mahu
menarik semula sokongan dari ahli-ahli UMNO dan orang awam Sabah, beliau
harus berani mengumumkan dan membangunkan negeri itu dengan pelbagai
projek untuk kemudahan rakyat.
“Ia merupakan satu pembaziran jika acara mewah itu tidak membawa
apa-apa sumbangan kepada rakyat Tawau secara khusus dan Sabah amnya yang
berdepan masalah serta memerlukan bantuan kerajaan Persekutuan,”
katanya.
Foong Hin merujuk program Himpunan Solidariti oleh UMNO esok, dengan
sasaran kehadiran 30,000 orang bagi menyatakan sokongan kepada Najib
yang kini diserang bertubi-tubi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Ujarnya, dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan
Permatang Pauh serta kedudukan Najib yang makin tergugat, inilah masanya
untuknyamenunaikan kemahuan rakyat Sabah bagi memperoleh sokongan.
“Majoriti undi BN berkurangan di Rompin dengan ketara sebanyak enam
peratus, juga gagal merampas Permatang Pauh meskipun pembangkang
berdepan saat-saat sukar kerana Anwar (Ibrahim) dihukum penjara dan isu
hudud dibangkitkan PAS.
“Ini jelas merupakan panggilan untuk Najib bangun dari tidur dan
melakukan lebih banyak perkara mempertahankan kedudukannya sebagai
Pengerusi UMNO dan PM,” ujarnya.
Chan turut mengariskan beberapa perkara yang wajib dilaksanakan Najib
jika beliau mahu mendapatkan sokongan semula terutama dari rakyat
Sabah.
“Projek-projek tersebut adalah seperti pembinaan lebuhraya pantai
dari Kampung Titingan ke Tinagat, mempercepatkan rancangan projek
tebatan banjir, mempercepat projek empangan air di Cinta Mata, membina
loji tenaga baru dan menaik taraf sambungan internet di Tawau.
“Beliau juga perlu membina loji pengurusan sisa pepejal baru di
Tawau, meningkatkan bilangan polis di Tawau, menaik taraf kemudahan
hospital termasuk tempat letak kereta dan menambah kakitangan perubatan.
“Pemimpin-pemimpin UMNO Sabah juga perlu bijak menggunakan peluang
ini, seperti kata Najib sebelum ini ‘You help me, i help you’,” sindir
ADUN Sri Tanjong itu.
Antara projek pembangunan lain dicadangkan beliau adalah seperti
pembinaan tempat letak kereta bertingkat baru di sebelah Pasar Tanjong,
Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta menaik taraf kemudahan Pelabuhan
Tawau.
Chan berharap pengerusi penganjur perhimpunan solidariti tersebut,
Datuk Seri Ghapur Salleh mengajukan semua permintaan ini kepada Najib,
demi rakyat Sabah. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment