PUTRAJAYA: Penumpang
wanita yang dikenal pasti sebagai Aidana Baizieva seorangwarga negara
Kyrgyzstan, tidak mengendalikan helikopter malang itu sebelum ia
terhempas.
Malah dia juga tidak pernah bertanggungjawab terhadap pesawat berkenaan
pada bila-bila sebelum kemalangan berlaku, kata Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis.
"Tidak. Tiada petunjuk sama sekali," katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan laporan awal nahas helikopter yang dipandu juruterbang
Kapten Clifford William Fournier.
Nahas helikopter pada 4 April itu mengorbankan enam orang termasuk bekas
menteri kabinet dan Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Turut terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk
Azlin Alias; juruterbang Kapten Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin,
Razakan Seran; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan seorang wanita,
Aidana yang merupakan kenalan juruterbang.
Data daripada alat perakam suara kokpit (CVR) menunjukkan Aidana
sememangnya aktif dalam operasi penerbangan helikopter berkenaan.
Transkrip daripada rakaman alat perakam data mendapati juruterbang
Kapten Fournier beberapa kali merujuk kepada wanita itu mengenai keadaan
helikopter tersebut sebelum berlepas dari bandar Kuantan pada 4 April
kira-kira jam 4 petang.
Dalam rakaman perbualan itu, Kapten Clifford menyatakan rasa khuatir mengenai kedudukan gear pendaratannya.
Aidana memberikan gambaran keadaan di sebelah kiri helikopter apabila
roda pendaratan terbenam akibat tanah mendap di sebuah padang sekolah.
Kapten Clifford: "why my landing gear... is it down? I got three in the green, I am little nervous about this now, let me see it."
Aidana: "it's ok.. it's a.. the dirt at the back... it's ok... Wheel
went into the ground... it's a soft ground there... after the rain...
we are good, we are good... yes.. yes.. yes, we are good; it's a soft
ground
there.. after the rain.. it's the field.. it's the football
field."
Kapten Clifford: "wow... that was crazy"
Selepas menurunkan seorang penumpang, helikopter meneruskan penerbangan
apabila Aidana memberi jaminan mereka dalam keadaan selamat dan
mencadangkan agar gear pendaratan diturunkan.
Namun juruterbang menegahnya daripada berbuat demikian dan berkata
kemungkinan berlaku kebocoran cecair hidraulik pada helikopter
berkenaan.
Aidana: "Don't worry, we are absolutely safe. Shall we collapse our gear?"
Kapten Clifford: "no.. no.. no.. leave it down, there is probably
some damage to the hydraulic or something. We went all the way to the
belly, it's not good."
"It's definitely not normal for the wheels go down into the ground that far. It's definitely not good to tip like that.
"As a matter of fact, I saw hydraulic fluid leaking and that's why I
don't want to put them up. They are locked in the down position and we
keep them locked in the down position."
No comments:
Post a Comment