Friday, 15 May 2015

Malaysia Catat Pertumbuhan KDNK Kukuh 5.6 Peratus

RAKYATNEWS























KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia tumbuh 5.6 peratus pada suku
pertama 2015, lebih perlahan berbanding suku sama tahun lepas pada 6.3
peratus.


Pertumbuhan suku pertama dipacu permintaan domestik yang tumbuh 7.9 peratus.


Menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pengunaan swasta
berkembang pada suku pertama disebabkan sentimen sebelum pelaksanaan
GST.


Bagaimanapun penggunaan swasta diramal terjejas sedikit bagi suku
seterusnya disebabkan pelaksanaan GST, namun akan kekal disokong
pertumbuhan gaji dan pekerjaan.


"Berdasarkan pengalaman negara yang melaksanakan GST mengalami
penyederhanaan dalam kadar penggunaan, namun ia bersifat sementara. Suku
ke dua dan ke tiga (2015) akan menyederhana."


Bagi eksport suku pertama, bagaimanapun, turun 2.5 peratus dipengaruhi
kelemahan eksport komoditi serta eksport pembuatan berasaskan sumber.


Dr Zeti berkata inflasi suku pertama berada pada 0.7 peratus, menurun disebabkan penurunan harga bahan bakar.


"Inflasi diramal terus meningkat disebabkan pelaksanaan GST," katanya ketika mengumumkan prestasi ekonomi suku pertama di sini.


Beliau berkata nilai ringgit terus tidak menentu disebabkan
ketidaktentuan harga minyak dunia, bagaimanapun unit tempatan itu
meningkat sedikit pada April.


"Mata wang serantau terus tidak menentu disebabkan persekitaran monetori
global tidak menentu serta kebimbangan tentang unjuran ekonomi dunia,"
katanya.


Bagi hutang isi rumah pula, Dr Zeti berkata ia tumbuh 9.2 peratus suku
tersebut dengan kadar pinjaman tidak berbayar pada 1.2 peratus.


Dalam perkembangan berasingan Dr Zeti berkata bank pusat akan melakukan
penilaian baru bagi sasaran inflasi dan penggunaan sekiranya harga
minyak dunia melebihi USD70 setong.


"Kini julat dalam sasaran kami adalah USD55 hingga USD65 setong," katanya.






No comments:

Post a Comment