Daripada 15 kawasan FELDA, Pas mendakwa
menang di tiga kawasan dan mendapat undi popular di lima kawasan jauh
lebih baik berbanding PRU13 apabila Pas kalah di kesemua 15 kawasan itu.
PETALING JAYA: Sokongan pengundi FELDA kepada Pas dalam Pilihan Raya
Kecil (PRK) Rompin meningkat 12 peratus berbanding Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Analisis awal yang dibuat parti itu juga mendapati, daripada 15
kawasan FELDA di Rompin, Pas menang di tiga kawasan dan mendapat undi
popular 45 peratus atau lebih di lima kawasan yang lain.
Peningkatan sokongan terhadap Pas itu dilihat pencapaian yang
membanggakan kerana pada PRU-13, UMNO menang di kesemua 15 kawasan
FELDA.
Analisis Pas juga mendapati, UMNO menang besar di kawasan Orang Asal
dan perkampungan tradisional tetapi kalah teruk di kawasana golongan
menengah atau separa bandar seperti Bandar Muadzam Shah.
Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui sokongan pengundi FELDA kepada Pas amat begitu dan membanggakan.
“Peningkatan sokongan ini agak memberangsangkan. Ini fenomena agak baik,” katanya.
Antara isu dipercayai mengurangkan sokongan pengundi FELDA kepada
UMNO ialah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), harga
kelapa sawit yang rendah dan isu perumahan generasi kedua.
Datuk Hasan Arifffin menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad dengan majoriti 8, 895 undi.
Hasan memperoleh 23,796 undi manakala Nazri 14,901 undi.
No comments:
Post a Comment