Wednesday, 6 May 2015

PKR salahkan SPR jika pengundi kurang

Adam Abu Bakar




Peratusan pengundi yang rendah di PRK Rompin
disebabkan hari mengundi dibuat pada hari bekerja bagi negeri-negeri
lain dan dibimbangi perkara sama berlaku di Permatang Pauh.





PKR-SPR







PERMATANG PAUH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan kebimbangan
terhadap peratusan pengundi yang akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya
Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei.



Mereka tidak teragak-agak menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
kerana memilih hari bekerja sekiranya peratusan keluar mengundi rendah.



PKR menyatakan peratusan mengundi yang rendah di PRK Rompin
berbanding PRU13 adalah disebabkan pengundian yang dibuat pada hari
bekerja bagi negeri-negeri lain.



Sempena PKR Rompin pada 5 Mei, kerajaan Pahang umum hari berkenaan sebagai cuti peristiwa.

“Kita sudah tekankan berkali-kali, SPR merupakan pihak yang harus dipersalahkan kerana memilih hari bekerja.



“Kemungkinan peratusan pengundi yang keluar mengundi di PRK Permatang
Pauh juga akan menurun,” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.



Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mendakwa SPR telah menganaktirikan PRK di Permatang Pauh.



“Kita melihat bagaimana SPR menetapkan hari bekerja sebagai hari
mengundi. Ia sepatutnya dilakukan dengan lebih awal lagi,” katanya.



Calon PKR itu bagaimanapun berharap pengundi tidak terjejas dengan pemilihan hari bekerja dan tetap pulang untuk mengundi


No comments:

Post a Comment