Wednesday, 13 May 2015

Najib, terangkan pada semua bukan UMNO saja, kata Pas












Rakyat selaku penyumbang pendapatan kepada
negara berhak diberikan penjelasan kerana krisis yang melanda 1MDB
memberi kesan langsung kepada status kewangan negara .







Mohd-Khairuddin_najib_600





PETALING
JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menerangkan isu-isu yang
dikaitkan dengannya terutama 1MDB di Parlimen bagi memulihkan mandat
beliau sebagai Perdana Menteri.




Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin
at-Takiri berkata, jika Najib boleh memberi perjelasan kepada
Ketua-ketua UMNO Bahagian, maka wajar beliau juga membuat perjelasan di
Parlimen untuk seluruh rakyat Malaysia.




Katanya, tindakan itu wajar kerana Najib merupakan Perdana Menteri untuk semua rakyat bukan untuk ahli UMNO sahaja.




“Kalaulah Najib melihat ada kewajaran memberikan penjelasan kepada
Ketua-ketua UMNO Bahagian bagi memulihkan mandat UMNO terhadap beliau
sebagai Presiden, maka bagi memulihkan mandat beliau sebagai Perdana
Menteri pula amat wajar sekali jika Najib menjelaskan isu ini di
Parlimen,” katanya.




Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, tidak dinafikan hak UMNO untuk
memberikan penjelasan kepada ahlinya berkenaan isu-isu yang dikaitkan
dengan Najib selaku Presiden parti.




Namun, katanya, Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia dan 1MDB
adalah milik Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan yang mana
Najib juga adalah Menterinya.




“Lainlah jika UMNO berpendirian bahawa harta dan wang Kerajaan adalah milik UMNO,” katanya.




Khairuddin berkata, rakyat berhak diberikan penjelasan itu kerana
krisis yang melanda 1MDB memberi kesan langsung kepada status kewangan
negara dan rakyat sebagai pembayar cukai adalah antara penyumbang
terbesar pendapatan negara.




“Tidak cukup dengan siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) dan Ketua Audit Negara sahaja, Najib mesti jelaskan isu ini di
Parlimen,” katanya.


No comments:

Post a Comment