Monday, 11 May 2015

MB: Rizab Simpanan meningkat RM3.6 bilion walaupun perbelanjaan kebajikan naik





Oleh: NAEEM RAFFI






KUALA KUBU BHARU: Rizab Simpanan Negeri meningkat kepada
RM3.6 bilion berbanding RM3.4 bilion pada 28 Februari lalu walaupun
perbelanjaan diperuntuk bagi pelbagai program kebajikan bertambah.




Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata perkembangan itu
membuktikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat cekap mengurus kewangan
bahkan menyalur kembali untuk pembangunan rakyat.




mb-kuala kubu 1 (1)





“Berkat
berlaku adil kepada semua rakyat, hasil negeri berjaya ditingkat. Dalam
tempoh empat bulan pertama tahun ini, kita berjaya mengutip hasil lebih
RM1 bilion.




“Sekarang, wang simpanan Selangor sudah melonjak kepada RM3.6 bilion.




“Rezab yang besar tidak membawa apa-apa makna sekiranya rakyat tidak
mendapat manfaat darinya. Jadi ia dikeluar dan diterjemahkan dinikmati
rakyat,” katanya.




Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Borang
Notis 5A di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan, di sini, hari ini.




Beliau memberi jaminan pengurusan ekonomi dijalankan secara telus,
bertanggungjawab dan tiada kebocoran akibat rasuah mahupun
penyelewengan.EZY







No comments:

Post a Comment