Lari bogel lepas gagal merogol Lelaki berkenaan melarikan diri dalam keadaan berbogel sebelum dicekup selepas terjatuh dari pokok.










KAJANG - Tindakan seorang lelaki memanjat pokok bagi mengelak
ditangkap selepas mencabul seorang pelajar wanita di tandas asrama
sebuah institut pengajian tinggi , di sini, membawa padah apabila dahan
pokok itu patah dan dia terjatuh ke bawah.



Difahamkan dalam kejadian 6.45 pagi itu, suspek berusia lingkungan
20-an itu patah tangan kanan selepas enggan turun dan bertenggek di
dahan pokok berkenaan sebelum terjatuh .



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab
berkata, suspek sebelum itu bertindak mencabul dan cuba merogol mangsa
yang sedang mandi di tandas berkenaan.



"Mangsa menjerit selepas suspek dalam keadaan bogel menerkam dan cuba
merogolnya. Bimbang jeritan mangsa didengari rakan-rakannya, lelaki itu
berlari keluar dan memanjat pokok berkenaan.



“Awalnya, walaupun didesak oleh pengawal keselamatan di situ untuk
turun dari pokok, suspek enggan dan nekad berada di atas pokok selama
kira-kira 15 minit, namun malangnya dia terjatuh apabila dahan tempatnya
bertenggek telah patah," katanya.



Rashid berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes cabul dan dadah.



“Lelaki itu sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang dan berada di bawah jagaan polis.



"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.