KUALA LUMPUR: Tokoh DAP Lim Kit Siang secara terbuka menyokong Presiden
PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang baru
hari ini.
“Kemenangan memberangsangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di PRK
Permatang Pauh (semalam) membuka jalan bagi beliau untuk dipilih semula
sebagai Ketua Pembangkang,” kata Lim dalam satu kenyataan.
Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) – PKR, DAP dan PAS – telah gagal
untuk bersetuju siapa menjadi Ketua Pembangkang selepas Datuk Seri Anwar
Ibrahim hilang kelayakan menjadi ahli parlimen pada 16 Mac.
Anwar dipenjarakan selama lima tahun pada 10 Februari selepas rayuannya
terhadap tuduhan kedua mengenai liwat ditolak oleh Mahkamah Persekutuan
Malam tadi, Dr Wan Azizah memenangi PRK Permatang Pauh dengan majoriti
8,841 undi. PKR memperolehi 30,316 undi berbanding Barisan Nasional yang
memperolehi 21,475 undi.
Presiden PKR berusia 62 tahun itu hanya 3,000 undi kurang daripada
majoriti 11,721 undi dicipta Anwar ketika PRU 2013, walaupun hanya 74
peratus orang keluar mengundi.
Bagaimanapun, penganalisis politik memberitahu Malay Mail Online Dr Wan
Azizah mungkin menghadapi tentangan daripada PAS dalam usahanya
menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang berikutan percaturan
politik di antara PAS dan sekutunya kini sudah berubah.
No comments:
Post a Comment