Friday, 15 May 2015

Kes Culik : Polis Filipina Diarah Siap Sedia

RAKYATNEWS























KUALA LUMPUR - Polis Filipina telah diarah bersiap sedia
mengadakan sekatan, sekiranya empat lelaki bersenjata dengan dua mangsa
culik mereka, menuju ke negara itu, berikutan kes penculikan malam tadi
di sebuah restoran makanan laut di perairan Sandakan.


Kedutaan Filipina dalam kenyataan di sini hari ini menyuarakan
kebimbangan dan berharap dengan kerjasama yang diperhebatkan, insiden
itu dapat diselesaikan secepat mungkin.


Kenyataan itu menjelaskan bahawa pihak berkuasa Filipina, iaitu unit
maritim dan operatif antipenculikan, sedang berhubungan dengan rakan
sejawatan dari Malaysia untuk menangani ancaman daripada kumpulan
penculik.


Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, empat lelaki bersenjata meluru
masuk ke Restoran Ocean King, restoran makanan laut yang popular
diSandakan, dan menculik pengurus wanita restoran serta seorang
pelanggan, pelancong dari Sarawak






No comments:

Post a Comment