Wednesday, 13 May 2015

Kad prabayar: Guna dulu baru kena GST







Kad isian semula tetap dikenakan GST tetapi bergantung kepada jumlah penggunaan iaitu guna dahulu baru dikenakan GST.







ahmad-shabery_gst_relod_600





CYBERJAYA:
Kerajaan setuju untuk memperkenalkan konsep baharu untuk kad isian
semula prabayar telefon bimbit atau top-up berdasarkan penggunaan atau
‘usage based’.




Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata, menerusi konsep itu, GST tetap dikenakan tetapi bergantung
kepada jumlah penggunaan iaitu guna dahulu baru dikenakan GST.




Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana kiraan akan dibuat
kerana kajian masih dijalankan oleh syarikat telekomunikasi (telco).




Bagaimanapun, konsep itu hanya akan dipakai dalam tempoh enam bulan
akan datang untuk memberi masa kepada telco membuat persediaan.




Sehingga tempoh itu, kad isian semula kekal menggunakan konsep sekarang iaitu bayar RM10.60 bagi kad berharga RM10.




Ahmad Shabery berkata, cadangan itu dibuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan telah dipersetujui Kabinet.




“Kerajaan yakin konsep baharu ini lebih wajar kerana GST tidak
dikenakan sebelum perkhidmatan digunakan,” katanya dalam sidang media
pada Rabu.




Ahli Parlimen Kemaman itu memberi jaminan konsep baharu itu tidak merugikan rakyat dan kerajaan.




Katanya, kerajaan juga menjangkakan kualiti perkhidmatan yang lebih
baik daripada telco dan menyarankan syarikat-syarikat telekomunikasi itu
menurunkan tarif perkhidmatan.


No comments:

Post a Comment