Saturday, 9 May 2015

Isu barua: Azmin dakwa hanya bertanya





FREE MALAYSIA TODAY





Azmin mempertahankan tindakannya dan memaklumkan telah mengemukakan salinan klip video kepada peguam.







azmin,igp








SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor,
Mohamed Azmin Ali menafikan membuat tuduhan terhadap Ketua Polis Negara
(KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar semasa ceramah di Permatang Pauh
baru-baru ini.





Azmin berkata beliau cuma bertanya soalan kepada Khalid semasa
ceramah dan bahawa beliau telah mengemukakan salinan klip video itu
kepada peguamnya.




“Saya bertanya soalan kepada IGP, bukan tuduhan tapi soalan. Adakah
sekarang soalan pun tak boleh. Adakah saya perlu memohon maaf untuk
bertanya soalan,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan
hadiah pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada pelajar
sekolah kebangsaan Tamil di Selangor.




Mohamed Azmin mengulas kenyataan beliau yang dikatakan menghina
Khalid dengan menggelarnya “barua UMNO” semasa ceramah politik menjelang
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.




Beliau mengulangi bahawa kenyataannya itu hanya ditujukan kepada Ketua Polis Negara dan bukan seluruh pasukan polis.- BERNAMA


No comments:

Post a Comment