Saturday, 9 May 2015

Najib Sudah Rancang Untuk Rembat Wang TH Untuk Selamatkan 1MDB?


KELAB GREENBOC




















3 'pegawai TH' dikenal pasti ada kaitan dengan 1MDB


Tiga pegawai kanan Tabung Haji dikesan terlibat langsung dengan syarikat
pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang terpalit
kontroversi berkaitan beban hutang.




Ia sekali gus membangkitkan persoalan berhubung konflik kepentingan dalam urus niaga antara dua badan itu.



Semalam, Tabung Haji mengakui mendapatkan sebidang tanah di tapak Tun
Razak Exchange (TRX) daripada 1MDB dengan jumlah RM188 juta.



Perkara itu menimbulkan kontroversi kerana 1MDB mendapatkan tanah untuk
projek itu daripada kerajaan persekutuan dengan harga jauh lebih murah
berbanding nilai pasaran.



Susulan itu, pemimpin Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Pemuda Umno
sendiri membangkitkan persoalan berkaitan konflik kepentingan dalam isu
itu.



Tan Sri Ismee Ismail



Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung Haji ini turut berada dalam lembaga 1MDB.



Datuk Johan Abdullah



Timbalan pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif Tabung
Haji turut mempengerusikan anak syarikat 1MDB Edra Global Energy Sdn
Bhd.



Edra memiliki aset tenaga Powertek (sebelum ini Tanjong Energy), Genting Sanyen dan Jimah.



Datuk Abdul Samad Alias



Abdul Samad terlibat dalam panel pelaburan Tabung Haji. Beliau turut
berada dalam lembaga 1MDB yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak.







Isu TH: Makcik, pakcik di kampung mengeluh








SHAH ALAM – Rentetan kontroversi pembelian hartanah 1MDB oleh Lembaga
Tabung Haji (TH) yang didedahkan semalam didakwa memberi kesan kepada
golongan pencarum TH terutamanya yang tinggal di luar bandar.



Menurut Abdul Razak Ismail, 61, yang berasal dari Gerik, Perak, beliau
terkejut dengan berita tersebut, kerana risau akan duitnya di dalam
Tabung Haji.



“Pak cik terkejut dan kecewa dengan berita tersebut…apa yang dikesali
adalah bila didedah di media barulah TH hendak mengakuinya.



“Kenapa TH tidak maklumkan awal-awal mengenai ke mana duit pelaburan
pencarum, sebab bila ada berita-berita negatif macam ini kami
orang-orang kampung risau, bukan senang nak kumpul duit pergi menunaikan
haji.



“Itu adalah amanah daripada orang-orang yang hendak melabur untuk pergi
ke tanah suci Makkah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.



Mengulas lanjut Abdul Razak berkata lagi satu perkara yang
merunsingkannya adanya penglibatan orang politik di dalam Tabung Haji.


sangatlah, kalau boleh berilah orang lain seperti orang ekonomi ke yang tiada kepentingan dalam parti politik,” katanya.



“Tidak sesuai orang politik campur tangan dalam agensi kerajaan, ia akan wujud konflik dalaman, pak cik memang tak setuju
Manakala menurut Mazidah Abd Ghani, 28, yang berasal dari negeri utara tanah air turut senada dengan Abdul Razak.



Katanya rata-rata orang kampung yang ditemuinya ketika berbual mengenai perkara itu meluahkan perasaan kecewa.



“Saya meniaga di kampung, bila ada yang datang kedai bila cakap pasal
perkara ini rata-rata luahkan perasaan kecewa dan risau. Mereka kata
sepatutnya tabung haji tidak patut terpalit dengan kontroversi ini.



“Mereka risaulah sebab pembelian itu katanya dilakukan bulan April lalu,
kalau TH benar-benar ingin menjaga kepentingan pencarumnya dedahkanlah
awal-awal mengenai perkara tersebut, biar TH dilihat telus dan amanah,”
katanya.



Sementara itu menurut Miah Abd Majid, 58, yang juga berasal dari Perak
berkata, dia sendiri tidak kisah sekiranya TH ingin membuat pelaburan
namun biarlah pelaburan itu yang benar-benar ‘menjaga amanah pencarum’.



“Saya tidak kisah kalau TH ingin membuat pelaburan, pada saya satu
pelaburan yang baiklah tetapi sekiranya pihak TH sendiri kurang pasti
saya rasa sesuatu yang merugikan dan tidak baiklah.



“Sebab duit itu amanah pencarum, kami orang kampung memang kadang-kadang
tak berapa faham, tetapi kami baca juga surat khabar , jadi kami harap
TH jagalah amanah orang-orang kampung,” katanya yang pernah menunaikan
haji sekali sebelum ini.



Manakala menurut Rohani Mad Saad pesara ,58, yang berasal dari Negeri
Sembilan turut meluahkan perasaan kecewa berkenaan isu tersebut.



“Sepatunya duit itu tidak boleh disalahgunakan oleh pihak yang tertentu atas kepentingan peribadi.



“Kami takut juga, sebab bukan senang nak simpan duit untuk pergi haji,” katanya yang pernah menunaikan umrah sebelum ini.



Sementara menurut Nor Riza Mohd Yusof, 49, yang merupakan seorang
penduduk kampung yang berasal dari Kelantan dia benar-benar tidak
berpuas hati dengan penglibatan TH dengan pembelian tanah 1MDB.



“Dengar pasal 1MDB pun sudah menakutkan saya, harap-harap TH buat
pelaburan yang betullah, jangan dok pusing pula, risau saya dibuatnya,”
katanya.



Isu membabitkan Lembaga Tabung Haji menjadi kontroversi apabila
dikatakan terlibat dengan pembelian meragukan dalam 1MDB , namun
dinafikan oleh pihak TH dalam satu sidang media semalam.

-SH


LIHAT VIDEO DI SINI









ULASAN GB


Hukum kebenaran berjalan dan terdedah kini bahawa rupa-rupanya 3 orang
"lembaga pengarah" TH adalah juga lembaga pengarah 1MDB yang Najib
menjadi Pengerusinya.


Ini bererti Najib sudah merancang awal "pelan penyelamatan" untuk 1MDB
dengan menggunakan wang simpanan TH apabila menghantar dan melantik
mereka itu semua ke TH.


Dan perlantikan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH
walaupun dipersoalkan banyak pihak tentang kkredibiliti Azeez untuk
dilantik ke jawatan nombor satu TH itu. Najib sengaja memekakkan
telinganya terhadap kritikan-kritikan tersebut kerana baginya Aeez
penting untuk diletakkan di TH supaya akur segala keputusan yang bakal
dibuat oleh Lembaga Pengarah TH.


"Kebodohan" Azeez terserlah semalam apabila beliau mengeluarkan
kenyataan "flip-flop" mengenai urusan pembelian tanah 1MDB dan kemudian
terpaksa meminta maaf kepada rakyat Malaysia di atas alasan "silap
komunikasi".


Tidak mungkin ia faktor kebetulan "orang-orang kuat" 1MDB ini berada di dalam lembaga pengarah TH atau di sebaliknya.



Satu demi satu skandal besar Najib telah terbongkar, apakah rakyat Malaysia masih mahu beliau menjadi Perdana Menteri?







No comments:

Post a Comment