Saturday, 9 May 2015

Adik Noh Omar Diburu Polis Sabit Kes Tembak


KELAB GREENBOC





















Kes Tembak: Adik Noh Omar Larikan Diri Selepas Diburu Polis




KOTA KINABALU: Adik lelaki kepada Bekas Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani Datuk Seri Noh Omar yang diletakkan dalam senarai paling
dikehendaki berhubung kes tembak seorang lelaki telah melarikan diri
dari kediaman keluarganya.





Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata rumah suspek ditinggalkan kosong.



"Tidak ada seorang pun di rumah. Dia telah melarikan diri bersama
keluarganya selepas kejadian itu," katanya ketika dihubungi, Jumaat.



Lelaki berusia 43 tahun itu, yang dikenali sebagai Mat Malaya, telah
digambarkan sebagai bersenjata dan berbahaya selepas menembak seorang
pembantu mekanik pembantu selepas pergaduhan pada Rabu.



Lelaki terbabit, dari Selangor, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan
mengedar dadah pada tahun 2007, diburu selepas kejadian pada 2.30
petang.



Polis sedang memantau pintu keluar utama di negeri ini.



"Sila maklumkan balai polis yang terdekat jika anda tahu tentang suspek," kata Chandra. -mstar










KES TEMBAK DI INANAM SABAH ... POLIS SEDANG BURU ADIK NOH OMAR.



Polis Sabah secara terbuka memohon bantuan orang ramai untuk jejak
sehingga tertangkap adik kepada bekas Menteri Pertanian dan Indusrti
Asas Tani dan Pengerusi Perhunungan UMNO Negeri Selangor, Dato' Seri Noh
Omar, Mohd. Jusnaidi Omar, atau lebih dikenali sebagai Mat Malaya, 43
tahun, kerana terlibat dalam kes tembak percubaan bunuh di Inanam Sabah
Rabu kelmarin.



Suspek pernah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tuduhan mengedar 1,088
gram ganja dan 35 gram syabu di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah
Berbahaya (ADB) 1952 dan 12(2) Akta yang sama di Terminal Penerbangan
Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei 2007
tetapi telah dilepas dan dibebaskan setelah dipanggil membela diri.



Polis sedang memburu seorang lelaki berumur 43 tahun yang menghilangkan
diri selepas menembak dan mencederakan betis seorang pembantu mekanik
lelaki berumur 36 tahun, di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin
kenderaan di Jalan Tuaran, petang semalam.



Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek
yang beralamat di Shah Alam, Selangor, disyaki melepaskan tiga das
tembakan menggunakan sepucuk pistol ketika bergelut dengan mangsa di
bengkel tersebut dalam kejadian 2.30 petang itu.



"Semasa pergelutan itu, suspek mengeluarkan sepucuk pistol dari beg
kecil dan mengacukan pistol tersebut kepada pengadu. Pengadu cuba
menghalang, namun suspek sempat melepaskan tiga das tembakan dan satu
daripadanya menembusi betis kanan pengadu," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.



Beliau berkata sebutir peluru turut dijumpai di luar bengkel berkenaan dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.



Jalaluddin berkata pemeriksaan ke atas sebuah kereta ditinggalkan suspek
di luar bengkel berkenaan membawa kepada penemuan topeng hitam, satu
plastik mengandungi kristal lut sinar disyaki syabu dan alat penimbang
elektronik dipercayai digunakan untuk menimbang syabu di dalam kenderaan
tersebut.



Beliau berkata kesemua barangan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.



"Usaha mengesan suspek masih dijalankan. Bantuan daripada polis daerah
dan jabatan luar akan diperoleh bagi melancarkan siasatan," katanya.





No comments:

Post a Comment