Monday, 11 May 2015

Cuba bunuh diri kerana tekanan GST

MALAYSIAKINI















Seorang ahli perniagaan dilaporkan cuba membunuh diri menjelang
penutupan kedai perkakasannya akibat tertekan dengan pelaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST).



Dalam laporan muka depan akhbar China Press hari ini, Tan Huo
Ming dari Teluk Intan, Perak tertekan kerana menghadapi masalah kesan
daripada GST yang mula dilaksanakan 1 April lalu.



Akhbar
itu melaporkan, Tan beberapa kali mengadu kepada keluarga dan jirannya
kerana belum melengkapkan kedainya dengan kemudahan komputer yang
merekodkan transaksi GST di kedai berkenaan.



"Pada awalnya Tan berbelah bagi sama ada mahu meneruskan perniagaan atau
menutupnya. Selepas dipujuk ahli keluarga dia akhirnya bersetuju
menutup kedai itu hari ini," lapor akhbar berkenaan.



Bagaimanapun berlaku kejadian tidak dijangka semalam ketika ahli
keluarga Tan bersiap-siap untuk meraikan dia dan isterinya sempena
sambutan Hari Ibu di sebuah restoran.



Dengan rasa yang sedih, Tan dilaporkan memanjat pagar ke rumah jiran
sebelahnya, menyerahkan sejumlah wang sebelum menelan sebotol kecil
racun.



Enggan dipujuk



Menurut jiran yang enggan dikenali itu, dia cuba menghalang Tan membunuh
diri sebaliknya gagal apabila lelaki menyerbu ke rumah berkenaan dan
mengurung dirinya di dalam bilik.



Tan kemudian memecahkan kaca dan mengelar pergelangan tangannya.



Apabila dipujuk, Tan enggan melayan jiran berkenaan sebaliknya meminta supaya dia dibiarkan mati.



Jiran berkenaan memanggil rakannya dan mereka kemudian memecah pintu
bilik rumah jiran Tan. Di situ mereka menemui Tan terbaring berlumuran
darah dan tidak sedarkan diri.



Dia kemudian dikejarkan ke hospital dan sempat diselamatkan.




Menurut anak perempuan Tan, bapanya itu sangat susah hati sejak GST mula dilaksanakan.



Isteri Tan pula berkata, dia berjaya memujuk lelaki itu menutup kedai
beberapa hari lalu tetapi percaya keputusan itu amat berat untuk
diterimanya sehingga dia memutuskan cuba membunuh diri.







No comments:

Post a Comment