Musa Sheikh Fadzir Musa Sheikh Fadzir










PERMATANG PAUH - Umno dan BN akan teruskan perjuangan di Permatang
Pauh, walaupun pengundi di kawasan ini menolak mereka dalam PRK
Permatang Pauh, kali ini.



Setiausaha Umno Pulau Pinang dan juga Ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk
Musa Sheikh Fadzir berkata, walaupun berasa kecewa atas penolakan rakyat
Permatang Pauh, namun dalam perjuangan tidak boleh kecewa.



"Kita akan teruskan berjuang dan membela nasib rakyat Permatang Pauh,
sekaligus menerima keputusan rakyat yang menentukan wakil rakyat mereka.



"Umno dan BN akan memperbaiki apa juga kelemahan dari masa ke masa
dengan menjalankan 'post-mortem' kenapa pengundi menolak BN dalam PRK
Permatang Pauh, walaupun jentera BN bekerja kuat sepanjang tempoh
berkempen, "katanya, ketika ditemui di Bilik Gerakan BN, di sini, malam
ini.